Skip to main content

Selebriti

Pakai Loket Tertera Ayat Kursi, Kareena Kapoor Dikenakan Notis Undang-Undang - “Loket Zamrud 30 Karat Diukir Dengan…”

Pakai Loket Tertera Ayat Kursi, Kareena Kapoor Dikenakan Notis Undang-Undang - “Loket Zamrud 30 Karat Diukir Dengan…”

Sekilas

  • Pelakon Bollywood Kareena Kapoor menerima notis undang-undang daripada aktivis sosial kerana memakai loket berukir ayat Kursi semasa sambutan Deepavali.
  • Loket hijau zamrud itu adalah barang kemas warisan keluarga diraja Bhopal yang diwarisi selepas perkahwinannya dengan Saif Ali Khan.
  • Penampilan Kareena yang digayakan oleh pereka fesyen Punit Balana turut menampilkan serban dan aksesori kalgi berusia 200 tahun milik keluarga Saif.
Advertisement

Pelakon Bollywood, Kareena Kapoor menerima notis undang-undang daripada aktivis sosial, Abbas Hafeez serta beberapa anggota masyarakat Islam berhubung bantahan cara pemakaian aktres itu yang mengenakan loket bersejarah milik keluarga diraja Bhopal, terukir ayat suci al-Quran iaitu ayat Kursi.

Memetik laporan media, Kareena mengenakan loket berwarna hijau zamrud itu dengan kaftan 'beige' rekaan pereka fesyen, Punit Balana sempena sambutan Hari Deepavali baru-baru ini.

Advertisement

Kareena turut mengenakan serban sedondon yang dihiasi aksesori kalgi berkilauan.

Difahamkan, aksesori itu mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana pernah dipakai oleh suaminya, Saif Ali Khan pada hari perkahwinan mereka.

Loket berkenaan pada asalnya milik Begum Bhopal sebelum diwariskan kepada Kareena selepas perkahwinannya dengan Saif.

Advertisement

Berkongsi perincian mengenai penampilan ibu kepada dua cahaya mata itu, pereka fesyen, Rhea Kapoor selaku individu bertanggungjawab menggayakan Kareena memuat naik kapsyen di Instagram yang membuatkan sekumpulan aktivis menghantar notis undang-undang.

“Kareena mengenakan kaftan dan serban berwarna perak tulen rekaan Punit Balana, bersama aksesori kalgi berusia 200 tahun milik Nawab Bhopal serta loket zamrud 30 karat milik Begum Bhopal yang diukir dengan Ayat al-Kursi.

“Barang kemas warisan keluarga diraja Bhopal ini berasal daripada keluarga Saif. Neneknya, Sajida Sultan merupakan anak perempuan kepada Nawab Bhopal terakhir yang memerintah," katanya.

Kareena turut berkongsi beberapa keping gambar penampilannya menerusi Instagram.

"Deepavali ialah tentang menghayati tradisi dengan cara yang tepat," tulis aktres itu

Sumber: Sinar Harian

 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement