Sejak bergelar penyanyi, figura bernama Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat tidak pernah ‘lelah’ untuk mengadakan konsert.
Bukan sekali dua, boleh dikatakan hampir setiap tahun penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Jerat Percintaan itu tampil dengan konsert berbeza.
Jika dihitung, sekitar 20 konsert telah dijayakan di Malaysia dan lebih 10 konsert pula berlangsung di luar negara.
Hampir kesemua jenis konsert sudah dijayakan oleh Siti antaranya konsert jelajah percuma, konsert jelajah luar negara, konsert lagu-lagu irama Malaysia, konsert kolaborasi dan juga konsert akustik.
Namun ada satu jenis konsert yang mungkin menarik jika diadakan iaitu konsert bertemakan Hari Raya Aidilfitri.
Melihat pada diskografi lagu-lagu bertemakan hari raya miliknya, dirasakan sudah cukup sesuai untuk anak seni dengan penganugerahan terbanyak itu hadir dengan sebuah konsert bertemakan sedemikian.
Ditanya mengenai perkara tersebut, ini jawapan Siti:
“Konsert raya? Kena buat hari rayalah kan? Kalau ikutkan dulu, banyak dalam kalangan stesen televisyen yang adakan program hari raya.
“Menerusi program tersebut juga saya akan nyanyikan lagu-lagu raya. Meriah, sebab yang hadir semua mengenakan busana raya.
“Tapi untuk saya kendalikan kosert raya sendiri, belum lagi..” katanya kepada Gempak.
Berkenaan dengan perkembangan terkini, Siti mungkin akan menerbitkan lagu dan album baharu pada awal tahun depan.
“Sekarang sedang sibuk dengan urusan bisnes, jadi single dan album saya akan fokus pada awal tahun depan. Lagu dah banyak dah, tinggal pilih je,” katanya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Izwan Isa
Thu Dec 01 2022


Krisdayanti Beri Cucu Usia Kurang 1 Tahun Kopi: “Ya Allah Ketagih Seperti Nenek”
Nama Krisdayanti sedang menjadi bualan hangat warganet Indonesia selepas video dia memberi cucunya kopi viral sejak semalam.

Fatin Afeefa Dapat Nafkah Bulanan Cecah 5 Angka? Suami Jawab; “Perkahwinan Adalah Perniagaan”
Untung Fatin

Kelar Leher, Balut Dalam Plastik Hitam & Tanam Sebab Takut Hubungan Sulit Terbongkar
Bimbang selepas hubungan sulit terbongkar, seorang lelaki warga India bertindak membunuh dan menanam suami kepada teman wanitanya

Bintang Legenda, Julie Sudiro Meninggal Dunia Akibat Masalah Paru-Paru
Salam takziah buat keluarga...
_1.png?ext=.png)
Neelofa Preloved Koleksi Kasut Jenama Mewah; “Harga RM14,000, Tapi Nak Jual RM1,000 Je…”
Wow murah!

Trauma, Lelaki Saman Wanita RM10 Juta Sebab Kena Friend Zone
Alamak!

Lebih 300 Restoran & Hotel Ada Sijil Halal, Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim! Eh Ayda Jebat Pula Dilantik...
Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim!

Peluk Topi, Sebak… Yura Yunita Menangis Terkenang Mendiang Glenn Fredly, Antara Momen Menyentuh Hati Konsert Tutur Batin
Konsert Tutur Batin memang best!

Gabungan Dua Suara, Ezad Lazim & Salma Asia Tampil Lagu Duet Berjudul ‘Akira’ - “Cabaran Terbesar Adalah Setarakan…”
Mantap!
![[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…” [VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-42_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”
Jangan macam-macam...