Terkini
Ada Yang Dedahkan Perbualan Sarah Yasmine Minta Duit RM5K?
Kisah berkenaan Sarah Yasmine nampaknya masih belum berakhir.
Menerusi perkongsian seorang individu, wanita asal Singapura itu dikatakan pernah meminta wang, selain meminta barangan berjenama mewah.
Minta wang
Pada perkongsian berkenaan, Sarah didakwa membalas kepada salah satu hantaran di Instagram Story milik individu tersebut dan meminta wang berjumlah RM5,000.
Sungguhpun begitu, individu berkenaan hanya membalas ‘haha’ dan tidak memberikan sebarang respons lain.
Namun, Sarah dengan pantas berkata, mesej yang dihantar merupakan sekadar guraun buat individu berkenaan.
Terdahulu, nama Sarah Yasmine tiba-tiba meledak dan menjadi sebutan ramai apabila dia membuat pengakuan bahawa dirinya kekasih kepada Aliff Aziz dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
Menurutnya, tujuan dia membuat pendedahan secara terbuka adalah bertujuan untuk membongkar rancangan aktres Ruhainies yang didakwa ingin menjatuhkan Bella Astillah.
Selepas itu, satu demi satu pendedahan dibuat Sarah Yasmine sehingga melibatkan lebih ramai pihak termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.
ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine Tetap Sudi Kahwin Aliff Aziz
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Lega Sarah Yasmine Tak Kenal Nadhir Nasar - “Alhamdulillah Nadhir Clean"
Must-Watch Video