Laman Utama

“Ada Yang Patah, Bukan Kayu Tapi Hati”- Peminat Wanita Kecewa MK Pegang Tangan Kekasih

Syafiqah Jalal
16/05/2022
06:47 MYT
Video yang menunjukkan penyanyi MK K-Clique memegang tangan seorang wanita yang dipercayai kekasihnya dalam sebuah majlis telah tular semalam.
Video yang dimuat naik ke akaun Instagram itu telah mendapat perhatian ramai terutama peminat wanita MK nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25.
Rata-rata menyerang kemas kini terbaharu MK di Instagram dengan memberitahu sudah kecewa kerana penyanyi kegemaran mereka kini sudah mempunyai kekasih.
“Ada yang patah, bukan kayu tapi hati,” tulis salah seorang pengikutnya.
“Dah tak minat sebab frust kbye . Haha,” komen salah seorang peminatnya.
Menerusi kemas kini berkenaan, MK yang juga muncul dalam filem terbaharu Astro First, Bunga dan Kayu itu memuat naik video yang memyanyi rap sebuah lagu baharu.
Dalam kapsyen berkenaan, MK bertanya “Apa khabar semua kesayanganku?”
Rata-rata peminatnya memberi respon kepada soalannya.
“Khabar tak baik sebab MK dah ada gf(kekasih),” kata salah seorang warga maya.
“Jangan sayang-sayang.. Siapa kamu pegang semalam?” tanya salah seorang netizen wanita.
Pada April lalu, MK pernah mencetuskan huru-hara dalam kalangan peminat wanitanya apabila memuat naik foto romantis bersama seorang wanita dalam Instagram.
“Saya sayang awak,” tulisnya ditujukan kepada wanita istimewa berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.
Viral

PDRM Gerakkan Pasukan Penyelam Cari Telefon Pintar Milik Farah Kartini

gempak
16/07/2024
15:07 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan sepasukan penyelam (Unit Forensik) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor esok.
Viral

Dah Putus Cinta, Lelaki Buruk Siku Minta Bapa Bekas Kekasih Bayar Balik Duit Makan RM30

gempak
16/07/2024
14:25 MYT
Seorang lelaki meraih perhatian gara-gara meminta kembali duit yang telah dibelanjakan untuk membeli makanan selepas putus cinta dengan bekas teman wanitanya.
Viral

"Pasal Lelaki Itu Saya Tak Tahu Apa-Apa" - Abang Farah Kartini

gempak
16/07/2024
09:33 MYT
“Dia seorang yang ceria dan tak pernah cerita apa-apa masalah,” demikian kata  Mohd Farriza Azmi Abdullah, 28, abang kepada arwah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, hari ini.
Viral

Kes Bunuh Farah Kartini: Penduduk Kampung Gempar Selepas Penemuan Mayat

gempak
16/07/2024
05:45 MYT
Suasana kampung gempar selepas dikejutkan penemuan mayat seorang wanita di ladang sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, jam 6 petang semalam.