Pelakon Noorkhiriah tidak menyangka kualinya menjadi perhatian netizen selepas dia memuat naik video sedang menggoreng telur.

Malah, ada yang turut mengecamnya kerana mendakwa kualinya kelihatan seperti tidak bersih.

Pun begitu, Noorkhiriah tidak mendiamkan diri, malah tampil menjelaskan perkara sebenar.

“Kalau ikutkan malas nak layan komen-komen mengarut ni tapi kadang-kadang kena beritahu juga.

Sampai bila nak kena pijak-pijak. Bukan tahap akak nak gaduh-gaduh dengan netizen dah tua dah.

“Cuma nak beritahu yang kuali berkerak tepi-tepi dia tu adalah karat besi bukan lendir. Mana yang rasa tak ada apa nak komen rasanya sabarkan diri, jangan komen apa-apa

“Video tu saja suka-suka hiburkan hati tapi ada yang sakit hati kenapa pula? Tayang kereta, rumah dan handbag kata riak. Padahal biarlah hasil usaha masing-masing,post kuali berkerak..malas katanya kalau rajin sangat marilah tolong garas,” katanya.

Pelakon drama Nur itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia menunjukkan kuali yang sama digunakan untuk memasak telur goreng sebelum ini.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata cuba menenangkannya supaya tidak mempedulikan netizen yang mengecamnya.

Kalu ikut mls nak layan komen2 mengarut ni tp kdg2 kena gitau gak..sampai bila nak kena pijak2..bkn tahap akak nak gado2 dgn netizen dh tua dah cuma nak gitau..yg kuali bkerak tepi2 dia tu adalah karat besi bukan lendir...mana yg rasa xde apa nak komen rasanya sabarkan diri..jgn komen pape..video tu saja suka2 hiburkan hati..ada yg sakitati nape pulop...tayang keta,rumah,hbag kata riak..pdhal biarlaah hasil usaha masing2,post kuali bkerak..malas katanya kalu rajin sgt marilah tolong garas..

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on