Pelakon, Intan Najuwa mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gambar bersama suaminya yang kelihatan semakin kurus.

“This song reminds me of our first date,” tulis Najuwa pada hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perubahan tersebut dan memuji suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman yang kelihatan semakin segak.

“Kenapa nampak datuk dah kurus?” ujar seorang pengguna Instagram.

Intan lalu menjawab: “Dah ada bini, bini jaga la bagi kurus handsome lol,” tulisnya.

Selain itu, ada juga yang menegur tentang perubahan pada diri Intan.

“Kenapa nampak macam ada baby bump? Kalau ada alhamdulillah,” tulis seorang pengikutnya.

Berita Trending:“Bestnya Kaya Unlimited” - Netizen Terpegun Lihat Aktiviti Percutian Luar Negara Intan Najuwa & Suami


Namun, Intan menafikan ‘penampakan’ baby bump yang dinyatakan oleh individu tersebut.


“Alamak tu bukan baby bump. Tu food bump. Baru lepas makan nasi orang kahwin tu yang baju sendat macam nak koyak dah tu,” terangnya.

Untuk rekod, Intan Najuwa sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Azraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu