,
Laman Utama

Adakah Neelofa Tetap Akan Sorok Wajah Anak Keduanya Kelak? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan: “Bukan Nak Buat Content…”

Izwan Isa
30/05/2023
00:50 MYT

Usahawan selebriti, Neelofa mengakui tidak berniat untuk menyorok wajah anak keduanya kelak, seperti apa yang berlaku terhadap zuriat sulungnya, Muhammad Bilal tahun lalu.

Wanita berusia 34 tahun itu berkata, dia ingin perkara tersebut berlaku mengikut masa dan keadaan yang sesuai.
“Sebolehnya, kita sebagai parents, mahu perkara tersebut (perkongsian wajah anak) terjadi pada waktu yang kita sendiri approve. Bukan kita nak sorok atau buat content, bukan. Ada benda-benda yang kita rasa dan percaya… of course secara realitinya kita hanya mahu elakkan beberapa perkata.
“Kalau parents yang baca kenyataan saya ini pun rasa itu hak parents kan. Cuma, dalam kes saya, sebab banyak mata memandang, perhatian yang saya dapat… sebab itu,” katanya kepada Gempak.
Neelofa berkata demikian pada majlis pelancaran Naelofar x Disney Aladdin di ibu kota baru-baru ini.
Dalam pada itu, Neelofa yang masih belum berkongsi tarikh kelahiran anak keduanya berkata, sebelum wajah Bilal dirakam dan dibocorkan oleh netizen, dia tidak pernah sorok anak lelakinya itu ketika keluar dari rumah.
“Sebelum insiden tu berlaku, saya tidaklah tutup dia dengan guni. Saya bawa sahaja dia keluar. Sesiapa yang nampak, akan nampak. Cuma mereka tidak ambil gambar.
“Sebagai seorang ibu, saya berharap orang boleh faham dan hormati keputusan kita. Simple je benda ni. Ada sesetengah artis pun, mereka tak pernah tunjuk anak sehingga sampai pada waktu yang bersesuaian,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wajah Anak Lebam, Elfira Loy Kongsi Insiden Yang Berlaku - “Cuma Kali Ini Agak Nampak Teruk Sikit Sebab…”

gempak
04/11/2024
09:25 MYT
Perkongsian di Instagram memperlihatkan wajah anak perempuan pelakon Elfira Loy penuh lebam mengundang pelbagai reaksi netizen.
Viral

Kejam! Pelajar Malaysia Sumbat Anak Dalam Kotak Bijirin, Simpan Dalam Beg Elak Rakan Serumah Tahu

gempak
28/10/2024
01:55 MYT
Sangat kejam! Itulah yang boleh digambarkan mengenai seorang warga Malaysia iaitu Jia Xin Teo yanhg sanggup sanggup memperlakukan zuriat sendiri dengan begitu kejam.
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Anmum