Filem

Adegan Mandi & Tayang Badan Dalam Misteri Dilaila, Ini Komen Zul Ariffin

gempak
Amri Hassan
27/02/2019
04:01 MYT
Sponsor Banner
Adegan Mandi & Tayang Badan Dalam Misteri Dilaila, Ini Komen Zul Ariffin
Bintang utama filem Misteri Dilaila, Zul Ariffin mengakui babak mandi dan menayangkan sebahagian daripada badannya dalam filem itu tiada dalam perancangan awal.
Namun, adegan itu dianggap satu kejutan dan sebahagian daripada tugasnya sebagai pelakon.
"Mengenai adegan mandi dan tayang badan itu saya tak tahu pada mulanya.
"Tiba-tiba Syafiq (pengarah) kata akan ada babak mandi dan buka baju.
"Itu memang kejutan bagi saya, tetapi tak mengapalah, saya buat saja," ulas Zul.
Zul mengakui bekerja bersama Syafiq Yusof perlu sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan saat akhir.
"Dia kapten saya pelakon, jadi saya perlu sentiasa get ready dengan apa sahaja arahan dan perubahan.
"Sama seperti rujukan watak, saya tiada sebarang spesifik pun. Bergantung pada skrip yang diberikan, saya sendiri harus bersedia.
"Syafiq sudah maklumkan daripada awal mengenai karakter dan skrip filem ini, kalau ada pertukaran saat-saat akhir, saya perlu terima," ujarnya.
Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.
Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang.
Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya.
Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live