gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Ray-D Teruja Ibu Sertai Kilauan Emas 2025 - “Oh My God, Ibu Saya Dah…”
HIBURAN
Mimi Lana Luah Rasa Kecewa, Buli Tak Sepatutnya Berlaku Di Sekolah -“Mak Ayah Hantar Suruh Cari Ilmu, Bukan Berlagak Gangster”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Milik Siapakah Gelaran Juara? Mari Semak Lagu Minggu Akhir Dengan Tema The Grand Encore
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Adi Putra Setuju Dikecam, Anggap Watak Suami Ego Menjadi - “Kalau Orang Tak Geram, Maknanya…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
23/03/2025
00:25 MYT
Sponsor Banner
Adi Putra Setuju Dikecam, Anggap Watak Suami Ego Menjadi - “Kalau Orang Tak Geram, Maknanya…”
Pelakon Datuk Adi Putra terbuka menerima kecaman berikutan wataknya dalam sebuah drama yang sedang ditayangkan dibenci penonton.

Beri kesan & impak

Adi menganggap kecaman itu bermaksud watak yang dibawanya berjaya memberi kesan kepada penontot sehingga mereka dapat merasakan emosi serta impaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adi Putra Penyeri Filem Aksi Punjabi Malaysia Saazish, Pengarah Akui Sukar Bersaing Dengan Filem Bollywood

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi Aliff Aziz, Adi Putra Pesan Jangan Sentuh Isu Kewarganegaraan - "Kita Tak Mahu Letak Sentimen Kasta"

"Banyak saya tengok dalam media sosial, tohmahan dan kecaman dilemparkan. Saya turut bersetuju untuk dikecam sebab kalau orang tak geram, maknanya watak saya tidak sampai.

"Saya diberikan tanggungjawab dan amanah. Sebagai pelakon, saya harus menyampaikan emosi kepada penonton untuk dirasai.

"Jika tak rasa, maknanya tak sampai. Sebab itulah, bila dikecam, saya terima. Tapi, di luar tiada orang marah saya pun," katanya kepada Gempak.
Adi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media dan majlis berbuka puasa filem Felino di Hotel Eastin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Babak suap nasi

Salah satu babak dengan heroin yang dilakonkan oleh aktres Amyra Rosli dalam drama berkenaan juga menjadi tular.
Menurut Adi, babak Amyra menyuapkan nasi ke mulutnya dalam suasana tegang hanya dijayakan sekali sahaja.

"Apa yang saya boleh imbas kembali, ia berlaku sekali sahaja. 'One take' sahaja. Bagi saya, kalau berlakon dengan jujur dan ikhlas, di situlah sebenarnya akan jadi 'natural'.

“Apa yang kita sampaikan, itulah realitinya," katanya.
Topic Berkaitan
#Adi Putra
#Amyra Rosli
#Suami ego
#Watak Adi Putra
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement