Aktor Datuk Adi Putra bersyukur selepas menerima Anugerah Ikon Ekspresi Seni 2022.

Lebih membanggakan lagi, anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri selain Pengerusi Finas sendiri YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa.

"Alhamdulillah, Terima kasih YAB PM Dato’ Sri @ismailsabri60 YB Menteri @kkmm_gov Tan Sri @annuar.musa56 YB Senator Datuk Seri @zurainah.musa Pengerusi Finas serta warga @finasmalaysiadi atas Penganugerahan IKON EKSPRESI SENI 2022," tulisnya.

Adi berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Adi memuat naik foto sewaktu anugerah itu diserahkan serta sijil yang diterima.

Menerusi sijil yang diberikan menyatakan pelakon Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu menerima anugerah itu kerana mencipta impak melalui karya seni kepada komuniti dan industri perfileman negara.

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra)