,
Gaya Hidup

"Adik Ni Jual Laksa, Bukan Mencuri Atau Mintak Sedekah" - Gambar Dua Beradik Ini Berniaga Undang Sebak Netizen

Hanafis Haris
15/04/2019
06:16 MYT
Tidak semua lahir hidup dalam keadaan yang serba senang. Bagi sesetengah individu, kehidupan mereka agak mencabar dan terpaksa berusaha lebih demi meneruskan kelangsungan hidup.
Begitu juga lah situasi dua adik beradik yang secara tiba-tiba menjadi perhatian netizen di Twitter. Semuanya gara-gara dua keping gambar yang dimuat naik seorang pemuda dikenali sebagai @TheUsopIbrahim.
Gambar terbabit memperlihatkan dua adik beradik ini sedang menjual laksa di pintu hadapan Tesco Extra Ampang berhampiran Petronas Jalan MRR2.
Menerusi tweet itu, pemuda terbabit menjelaskan dua beradik ini terpaksa menjual laksa bagi menampung sesi persekolahan adik mereka yang akan mengambil Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun ini. "Kalau ada siapa singgah sini boleh la beli ye. Terima kasih. retweet rezeki adik-adik ni. "Ramai yangg reply pernah beli and laksa dia memang sedap," katanya.
Sehingga kini tweet berkenaan telah menerima 12,000 perkongsian dan 4,700 likes.
Gambar berkenaan secara tidak langsung mencetuskan rasa sebak dalam kalangan netizen. Ini antara komen mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.