Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki Aksan pagi tadi telah memuat naik posting menyentuh hati selepas kehilangan adiknya, Jefri Adzman Aksan.

Menerusi posting tersebut Afdlin sempat memberitahu tempat pengkebumian Allahyarham disamping memuat naik semula salah satu posting Jefri bersama arwah ibu mereka.

“Adik post gambar ni di IG beliau and caption dia ‘My first and forever love..We’ll meet again mak..’

“Semoga roh bonda dan Jef dicucuri rahmat dan diletakkan bersama roh-roh orang yang beriman.

Sesungguhnya abang sangat cemburu dengan pemergianmu berjumpa arwah ‘Mummy’ secepat ini.

“Jefri adik dan anak yang sangat baik, abang berdoa agar jannahlah tempat mu bersama bonda tercinta. Allahumaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu anhu...,” tulisnya.

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Pengebumian jenazah akan berlangsung pagi ini 09:00 pg: Solat Jenazah di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur 10:00 pg: Jenazah di bawa ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, 68100 Batu Caves, Selangor Adik post gmba ni di IG beliau and caption dia ‘My first and forever love.. We’ll meet again mak..’ semoga roh bonda dan jef di cucuri rahmat dan di letakkan bersama roh-roh org yg beriman. Sesungguhnya abg sangat cemburu dgn pemergianmu berjumpa arwah mummy secepat ini. Jefri adik dan anak yg sangat baik, abg berdoa agar jannahlah tempat mu bersama bonda tercinta. Allahumaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu anhu...

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on


Jenazah Allahyarham Jefri disolatkan di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur dan dibawa ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, Selangor.

Jefri pulang ke rahmatullah pada jam 5.14 petang Rabu di Hospital Thomson, Kota Damansara.
Berita sedih tersebut dikongsi Afdlin menerusi posting di IGnya.

. Lahirku didunia, kaulah cinta pertama. Belaian kasih sayangmu, tidak akanku lupa, Bila hidup menduga, kau tabahkan jiwa. Demi kami berlima, kau tempuhinya. Keperibadian mu, tiada bandingannya. Ukhwah sesama manusia, sentiasa dijaga. Bila malang menimpa, kau peluk erat tanpa berbicara. Bilaku duka, kau hulurkan bahu untukku lena. Permergianmu ibu tanpa diduga, membuat hatiku parah dan luka. Sepertimu ibu akanku tabahkan jiwa, mengharungi sisa kehidupan didunia. Selamat hari ibu, semoga rohmu ibu tenang disana.. Al-fatihah..

A post shared by J E F R I A D Z M A N (@jefdzman) on