Kanak-kanak autisme yang hilang di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, tengah hari Selasa ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan kediamannya pada jam 10 malam, Rabu.

Mayat mangsa Zayn Rayyan Abdul Matiin, enam tahun, ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari Zayn.

Mangsa ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.


Setakat ini pihak polis sudah menutup laluan belukar dari kawasan kediaman menuju ke lokasi mayat ditemui.

Sumber: Sinar Harian