Laman Utama

Aduhhhh! Ingatkan Hari Ni Episod Terakhir Perempuan Tanpa Dosa…

gempak
Fiza Kamarudin
26/11/2020
14:30 MYT
Sponsor Banner
Aduhhhh! Ingatkan Hari Ni Episod Terakhir Perempuan Tanpa Dosa…
Peminat drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa (PTD) meluahkan rasa ‘tidak puas hati’ kerana menyangkakan kisah Usu Sakinah dan Lily benar-benar akan berakhir pada malam ini.
Lebih-lebih lagi apabila tonggak utama drama tersebut, Kamal Adli turut memuat naik hantaran di Instagram 'konon'nya berasa sedih kerana PTD akan tamat pada episod 32.
"Rizal dan Lily dah nak kena say goodbye ke malam ni? Hmm sad nyaaa..Akan happy tak malam ni? Lily ku?," tulisnya sambil meninggalkan tanda pagar #perempuantanpadosa.
Tidak membiarkan soalan diajukan Kamal, Uqasha Senrose bertindak membalasnya dengan jawapan yang romantis dalam watak Lily, pada ruangan komen. Bukan main lagi!
"Saya pasti awak kan bahagia dengan cinta pertama awak...Saya akan cari kebahagian saya Rizal...Saya ada anak dia kekuatan saya...Thank you sebab jaga saya semalam ini," tulisnya.
Pada mulanya ramai yang 'tertipu' dengan hantaran Kamal, namun terpaksa menerima episod terakhir drama bersiri Michael Ang itu bakal berakhir pada Isnin hadapan.
Untuk pengetahuan semua, minggu ini sebenarnya merupakan minggu tambahan buat drama tersebut.
Kerana sepatutnya Perempuan Tanpa Dosa tamat pada Khamis minggu lalu!
Bagaimanapun sambutan ramai dan sokongan daripada peminat setia menyebabkan ia disambung sehingga episod 33!.
Terima kasih atas sokongan, gais!
Jadi apakah kesudahan PTD? Jangan lupa Isnin depan, jam 10 malam di Astro Ria ya! Drama arahan Michael Ang ini dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Zac Zaky, Yusuf Bahrain, Azza Elite dan ramai lagi.
Drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fatinilam Sari Ahma ini mengisahkan perkahwinan terpaksa dua jiwa Rizal (Kamal Adli) dan Lily (Uqasha Senrose) akibat permintaan orang tua.
Bagaimana kehadiran Eddie (Zac Zaky) dan kekasih lama Usu Sakinah mampu menyatukan hati Lily dan Rizal kembali.
Kehadiran orang ketiga, isu kekeluargaan dan konflik percintaan menjadi tonggak utama bagi drama yang meruntun jiwa ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live