Skip to main content

Viral

Aedy Ashraf Buat Laporan Polis, Ada Individu Menyamar Dirinya Untuk Perdaya Wanita

aedy-ashraf-buat-laporan-polis.jpg
Pelakon, Aedy Ashraf mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Cyberjaya terhadap seorang individu yang menyamar sebagai dirinya untuk memperdaya wanita.

Aedy memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.

Menurut Aedy, individu berkenaan menggunakan email samaran iaitu [email protected] sebagai modus operandi untuk menipu.

“Sebuah laporan polis telah difailkan berkaitan email yang kononnya dihantar daripada saya,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)


Tambah Aedy lagi, laporan tersebut dibuat kerana bimbang maklumat diri disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Selain itu, Aedy juga mahu membersihkan namanya sebelum timbul salah faham yang lebih teruk.

“Saya ingin menjelaskan di sini bahawa itu bukanlah alamat emel saya dan mengingatkan perkara ini supaya semua orang berhati-hati,” jelasnya.

Advertisement

Must-Watch Video