Ramai peminat tidak menyangkal vokalis kumpulan Noah, Aeril masih memiliki aura tersendiri meskipun usianya kini mencecah 40 tahun.

Sedar tak sedar, Aeril yang juga sudah lama popular di Malaysia ini memiliki anak gadis yang semakin mencuri perhatian.

Memetik laporan Sosok.ID, ramai peminat memuji kecantikan anaknya, Alleia Anata Irham yang berusia 16 tahun itu.

Malah, ada juga yang mengatakan Alleia memiliki pesona bintang persis bapanya.

"Calon idola anak saya.

"Calon penerus Om Boriel ni, sukses terus ya Alleia.

"Tak terasa sudah menjadi anak gadis, sihat selalu ya anak cantik," tulis netizen.

Jika diperhatikan, Aeril jarang berkongsi foto anak tunggalnya itu di media sosial, tetapi peminat masih dapat mengikuti perkembangan menerusi perkongsian ibu saudara Alleia, Alliy Latief di Instagram.

Untuk makluman, Alleia merupakan satu-satunya anak Aeril dengan bekas isterinya, Sarah Amalia.

Kredit Foto: Hot Liputan6.com