Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

Umirah Halim
17/09/2024 13:55 MYT

Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.

Usaha sendiri dapatkan 'job'

Menurut Afdlin atau pemilik nama penuh Afdlin Shauki Aksan, Mia lebih selesa berusaha sendiri untuk mendapatkan tawaran berlakon tanpa bantuannya.

“Banyak perkara dalam karier dia, dia buat sendiri, dia tak mahu nanti orang cakap dia ada kroni, mudah dapat job.

“Saya tahu apa yang dia mahu, dia mahu naikkan nama dia sendiri tanpa bantuan daripada saya. Apa yang dia capai, dia buat perkara itu sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Baik Punya Ah Long baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Baik Punya Ah Long: “Jozan ‘Kepala’ Paling Sesuai Lakonkan Filem Ini” – Datuk Afdlin Shauki

BERITA TRENDING: Baik Punya Ah Long: Afdlin Shauki Mahu Throwback Komedi JoZan

BERITA TRENDING: Penggemar Filem Komedi, Ini Senarai Filem Mencuit Hati Hasil Legasi Afdlin Shauki!

BERITA TRENDING: Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."

Bagaimanapun, sebagai ayah, Afdlin masih sedia untuk membantu dan menasihati anaknya tentang kerjaya seni lakonan supaya tidak terpesong ke jalan yang salah.

“Saya pernah cakap dekat dia, saya nak tengok dia boleh capai sampai ke tahap mana tapi jangan takut saya sentiasa berada di sisi dia untuk bantu supaya dia tidak sesat ke jalan yang salah.

“Saya sebagai ayah ada tanggungjawab sebegitu untuk beri yang terbaik untuk dia,” ujarnya lagi.

Untuk info, filem arahan Datuk Adflin Shauki itu telah ditayangkan di pawagam sejak 12 September lalu.

Selain Mia Sara, antara pelakon lain membarisi filem berkenaan ialah Johan, Zizan, Liyana Jasmay, Adibah Noor, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.

Sinopsis:

Baik Punya Ah Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Ale yang diminta oleh ayah mereka untuk menjalankan perniagaan. Meskipun Aloy dan Ale tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran ayah mereka. Jadi, wujudlah perniagaan pinjaman wang oleh Aloy dan Ale. Perniagaan mereka telah mengugat Lan Panda dan menyebabkan ketidakpuasan hati. Lan Panda mulakan agendanya untuk menghapuskan Aloy dan Ale.

#Anak #Berlakon #Mia Sara Shauki #Baik #Usaha #Ah #Afdlin #Long #shauki #Punya #karier seni