Hiburan

Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."

gempak
Firdaus
20/04/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media.
Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri.

Terima Keputusan Bapa

Menurut Mia, dia menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ibu dan ayahnya asalkan kedua-duanya bahagia.
"Kemeriahan hari raya tahun ini okay sahaja. Kami bahagia, Tak ada apa-apa perasaan buruk. Memang raya tahun ni sangat bahagia bagi saya. Tak ada apa nak risau. Kami dalam satu rumah yang selesa dan meriah.
"Mia dah kenal dia lama (ibu tiri). Saya okay sahaja. Saya dah rapat dengan dia. Saya terima apa-apa keputusan yang ibu bapa saya buat untuk gembira.

Mahu Lihat Ibu Bapa Gembira

"Saya anak dia. Saya tak nak tengok ibu bapa saya tak gembira. Bila bapa saya bahagia sekarang, saya rasa bagus untuk dia. Saya tak nak halang semua. Sama juga ibu bapa saya, mereka pasti nak tengok saya gembira. Jadi win win situation,” katanya.
Mia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Geng Kubur yang berlangsung di Golden Screen Cinemas, The Starling Mall, Petaling Jaya.
Terdahulu, isteri kepada Afdlin, Marcella memberitahu dia merahsiakan perkahwinannya itu menghormati permintaan arwah ayahnya.
“Ayah saya meninggal April tahun lalu. Itu pun salah satu sebab juga kenapa kami jaga privasi. Sebabnya, ayah saya sakit dan itu adalah permintaannya sebelum dia meninggal.
“Alhamdulillah, kami dapat tunaikan. Dia memang minta untuk percepatkan dan alhamdulillah dapat ditunaikan sebelum dia meninggal dunia,” kongsinya.

BERITA TRENDING: Lama Jaga Privasi, Afdlin Shauki Akhirnya Tayang Isteri!

BERITA TRENDING: Afdlin Shauki Sengaja Bagi Mia Sara Watak Berhijab - "Saya Nak Dia Bertudung”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024