Laman Utama
"Agak Susah Nak Jumpa Jenama Lokal Di Sana, Tapi..." - Zoey Rahman Sujud Syukur Atas Rumput
Biarpun pernah diketawa, dipandang sinis, malah di kutuk oleh sahabat artis sendiri, pelakon dan pengacara yang kini bergiat cemerlang sebagai usahawan, Zoey Rahman terus melangkah membina empayarnya sendiri.
Tanggal 18 Januari 2021 menjadi tarikh yang amat bermakna buat Zoey yang mengakui perit jerih menaikkan produk kosmetik jenamanya sendiri, Mikaseries.
Zoey berkongsi kesyukuran dan kegembiraannya itu dalam satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
"Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah @mikaseries. Tak tau nak cakap apa. Dalam hati saya menangis gembira dan terharu. Hanya khalimah syukur dan sujud tanda hati ini sangat berterima kasih pada yang Maha ESA.
"Terima kasih ya Allah kerana mendengar doa hamba Mu ini. Semoga ini menjadi pembakar semangat untuk ku dan team mikaseries untuk lebih bekerja keras. Banyak kepayahan yang saya lalui. Hampir menyerah pun pernah ada," tulis Zoey pada entri tersebut.
Tambah menyedihkannya apabila ada teman artis yang turut mengutuk dan mengata dalam usahanya untuk membina jenama tersebut.
"Sedih juga pernah saya rasa bila ada sahabat artis mengutuk dan mengata saya. Mujur saya ada ibu yang selalu mendoakan anaknya ini.
"Mujur saya ada team yang sanggup lalui kepayahan bersama saya. Syukur Ya ROB. Terima kasih pada semua yang menyokong saya dan menyokong produk saya mikaseries," tulis Zoey lagi.
Tambah Zoey lagi, tarikh 18 Januari 2021 bersamaan 5 Jamadil Akhir 1442 Hijrah merupakan tarikh yang penuh bermakna dalam hidupnya.
"2 billboard berjaya dinaikkan di Federal Highway, agak susah nak jumpa billboard brand Local di sana, tapi MIKASERIES berjaya tembusi," tulisnya lagi.
Must-Watch Video