Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menyantuni gelandangan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur petang semalam.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan pek makanan kepada golongan terbabit yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan usia.

Sebelum berangkat pulang, Baginda menunaikan solat Zuhur berjemaah di Masjid Jamek.

Berita itu dikongsi oleh Astro Awani menerisi perkongsian gambar di akaun Instagram.

Menerusi foto yang dikongsi, jelas terpancar keprihatinan Agong membantu golongan tersebut.

Sifat berjiwa rakyat Agong itu dipuji semua pengikut laman sosial tersebut.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menyantuni gelandangan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur petang tadi. Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan pek makanan kepada golongan terbabit yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan usia sebelum menunaikan solat Zohor di Masjid Jamek. Foto Astro AWANI / @shahiromar #AgongKita @istana_negara

A post shared by AstroAwani (@501awani) on