Skip to main content

Hiburan

"Saya Hanya Menerima Tawaran Mengendalikan Rancangan Televisyen Kerana..." - Sissy Iman

"Saya Hanya Menerima Tawaran Mengendalikan Rancangan Televisyen Kerana..." - Sissy Iman

Sekilas

  • Sissy Iman sering menolak tawaran mengacara majlis persendirian kerana lebih selesa mengendalikan program televisyen.
  • Beliau mengakui kemahiran mengacara majlis korporat berbeza walaupun nampak hampir sama dengan pengacaraan TV.
  • Sissy akhirnya mencabar diri dengan mengacara majlis korporat bersama Nazrudin Rahman dan berjaya keluar dari zon selesa.
Advertisement

Pengacara dan penyanyi, Sissy Iman mengakui sering menolak tawaran untuk mengacara di majlis persendirian kerana merasakan dirinya lebih selesa mengendalikan program televisyen berbanding majlis korporat.

Menurut Sissy, meskipun kedua-dua bidang tersebut kelihatan hampir sama, hakikatnya tugas sebagai pengacara majlis mempunyai kemahiran tersendiri yang perlu dikuasai.

Advertisement

"Selama ini banyak syarikat korporat yang menghubungi saya untuk menjadi pengacara bagi majlis persendirian atau makan malam tahunan, tetapi saya tidak ambil.

"Saya hanya menerima tawaran mengendalikan rancangan televisyen kerana merasakan bidang pengacaraan TV lebih dekat dengan diri saya.

"Saya juga rasa tidak mampu menjadi pengacara majlis kerana kemahiran yang diperlukan berbeza walaupun nampak macam lebih kurang," katanya.

Advertisement

Bagaimanpun, Sissy cuba mencabar diri dan menerima peluang untuk mengendalikan sebuah majlis koprat bersama pengacara berpengalaman, Nazrudin Rahman.

Mengakui pengalaman itu sebagai satu langkah berani, Sissy bersyukur kerana berjaya mengatasi keraguan diri dan mencuba sesuatu yang sebelum ini dianggap di luar kemampuannya.

"Namun, sungguhlah, kalau kita tidak cuba, kita tidak akan tahu.

"Alhamdulillah, saya akhirnya melangkah keluar daripada zon selesa dan berpeluang mengendalikan TM Global Annual Dinner bersama legenda, Nazrudin Rahman," ujarnya.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement