Gaya Hidup

Ahli Gusti Negara Ayez Shaukat & Phoenix Diana Dilantik Duta Produk Suplemen Halal Apple Plus 101

gempak
Amri Hassan
23/07/2024
18:41 MYT
Sponsor Banner
Ahli Gusti Negara Ayez Shaukat & Phoenix Diana Dilantik Duta Produk Suplemen Halal Apple Plus 101
Syarikat eCare menerusi produk Apple Plus 101 Rainbow Immune Booster baru-baru ini mengumumkan pensijilan Halal rasmi yang diperolehi.
Apple Plus 101 diformulasi dengan 101 ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran mampu menjadi sebahagian daripada penyelesaian kesihatan menyeluruh.
Pengurus Pemasaran eCare, Cedric Loo, berkata pihaknya berbangga kerana produk keluaran Malaysia dan kini sudah mendapat pensijilan Halal secara rasmi.
"Sebagai sebuah syarikat yang berdedikasi untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan, kami memahami kepentingan pensijilan Halal di Malaysia.
"Dengan memperoleh pensijilan ini, kami memastikan bahawa produk kami memenuhi standard kualiti tertinggi dan boleh diakses oleh semua orang, tanpa mengira sekatan diet.
"Langkah ini mengukuhkan komitmen kami terhadap keterangkuman dan misi kami untuk meningkatkan kesihatan dan kekayaan pelanggan kami," katanya.
Hadir sama Pakar Pemakanan Kecergasan, Victor Chao.
Pada majlis sama eCare turut mengumumkan dua jaguh gusti negara, Shaukat dan Phoenix Diana sebagai duta jenama.

BERITA TRENDING: Bergusti Pakai Tengkolok, Ayez Shaukat Fonseka Buktikan Gusti Profesional Masih Onz! - "Kita Pun Setanding Barat"

BERITA TRENDING: Pernah Tersenarai Dalam Forbes, Tewaskan 4 Pesaing Lelaki, Ini Fakta Menarik Tentang Peninju Hijab Pertama, Nor Diana.

Pembabitan mereka mengukuhkan komitmen syarikat untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan menginspirasi komuniti untuk mencapai kecemerlangan.
Mengulas lanjut mengenai Apple Plus 101 pula Cedric memberitahu pembangunan produk berkenaan bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apatah lagi kebanyakan individu mula mencari alternatif lain untuk mengelakkan jangkitan wabak.
"Tujuan utama kami ialah untuk membantu memperbaiki sistem imunisasi, namun dalam masa yang sama produk ini juga bertujuan untuk kecantikan kulit serta membantu sistem penghadaman," katanya.
Tambahnya, Apple Plus 101 mempunyai pelbagai kelebihan antaranya dari segi kesihatan serta cahaya kulit kerana ia diperkaya dengan nutrien penting dan antioksidan.
Selain membantu meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit seterusnya menjadikan kulit bersinar.
Ia juga mampu menjadi penyelesaian jerawat atau masalah kulit. Malah kandungan serat diet tinggi membantu pencernaan buat mereka yang mempunyai gaya pemakanan berat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024