Berita

Ahmad Dhani Disenarai Hitam Ke Luar Negara, Masih Dalam Siasatan Polis

gempak
Elrafaei Sapi
23/10/2018
07:51 MYT
Sponsor Banner
Ahmad Dhani Disenarai Hitam Ke Luar Negara, Masih Dalam Siasatan Polis
Penyanyi dan pemuzik terkenal, Ahmad Dhani disenarai hitam daripada ke luar negara selama 6 bulan atas dakwaan terbabit dalam kes fitnah.
Perkembangan terkini mengenai selebriti itu dimaklumkan jurucakap polis Indonesia, Brigadier Jeneral Dedi Prasetyo yang menyatakan Ahmad Dhani sebagai suspek kes berkenaan.
Difahamkan, tindakan yang dikenakan pihak imigresen terhadap selebriti itu adalah untuk menjalankan proses penyiasatan.
Siasatan ke atas Ahmad Dhani dilakukan selepas dia menjadi suspek kes fitnah yang difailkan Ketua Koalisi Bela NKRI, Edi Firmanto.
Laporan Antara News menyatakan vokalis band Dewa 19 ini dituduh mencetuskan ucapan kebencian yang menggunakan perkataan ofensif ketika demonstasi di Hotel Majapahit, Surabaya pada 26 Ogos lalu.
A post shared by Ahmad Dhani Prasetyo (@ahmaddhaniprast) on
Ahmad Dhani bersama beberapa aktivis membatalkan deklarasi #2019GantiPresiden di Surabaya selepas tidak mendapat permit daripada pihak polis.
Acara itu dibimbangi boleh mencetuskan pertelingkahan antara pihak penyokong dan penentang gerakan tersebut.
Ahmad Dhani turut memuat naik status terkini bersama fotonya dengan isterinya, Mulan Jameela di Instagramnya, @ahmaddhaniprast hari ini.
Status itu mengundang pelbagai komen netizen di media sosial termasuk bertelingkah sesama sendiri seolah membangkitkan isu poligami.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @ahmaddhaniprast
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live