Sekilas
- Pengarah Sheila Rusly kagum dengan sikap masyarakat Jepun yang gemar membaca dan menulis sepanjang perjalanan kereta api dari Tokyo ke Osaka.
- Sheila memuji fokus penumpang yang menggunakan masa dengan aktiviti berfaedah tanpa melayan gossip atau bersembang.
- Budaya Jepun terkenal dengan disiplin, menghargai masa, menghormati orang lain, dan menjaga kebersihan serta ketepatan masa.
Pengarah dan penerbit, Sheila Rusly meluahkan rasa kagum terhadap sikap masyarakat Jepun yang gemar membaca dan memanfaatkan masa dengan aktiviti berfaedah walaupun ketika berada di dalam pengangkutan awam.
Menerusi perkongsian di media sosial, Sheila berkata dia tertarik apabila melihat penumpang kereta api yang tekun membaca dan menulis sepanjang perjalanan dari Tokyo ke Osaka yang mengambil masa kira-kira dua jam.
Menurut Sheila, sikap tersebut cukup mengagumkan kerana mereka dilihat begitu fokus dengan aktiviti masing-masing.
“Bagus betul orang Jepun, dalam train pun sibuk menelaah. Tak ada masa nak layan gossip apa lagi bersembang.
“Tokyo-Osaka dua jam. Tak berhenti dia menulis. Saya sangat kagum. Kalau kita setiap lima minit break makan kacang,” kongsinya.
Untuk info, Jepun sememangnya terkenal dengan budaya masyarakatnya yang mementingkan disiplin dan menghargai masa dalam kehidupan seharian.
Selain itu, mereka juga turut dikenali dengan sikap menghormati orang lain, menjaga kebersihan persekitaran dan mengutamakan ketepatan masa dalam urusan harian.