Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: Power! Aura Juara AF2015 Masih Berbekas! Sufie Bakal Calon Hot Seat?

GV Fantasia: Power! Aura Juara AF2015 Masih Berbekas! Sufie Bakal Calon Hot Seat?

Sekilas

  • Sufie Rashid membuat kemunculan istimewa di pentas Gegar Vaganza Fantasia dengan menyampaikan lagu Kisah Dua Muka dan Aku Sanggup.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia seperti Mawi, Vince, Stacy, dan lain-lain, dengan trio hos Nabil Ahmad, Jihan Muse, dan Sherry Alhadad.
  • Program bersiaran selama 11 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta Sooka, dengan Celcom Digi sebagai penaja rasmi.
Advertisement

Pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF) dimeriahkan dengan persembahan istimewa penyanyi Sufie Rashid yang membuat kemunculan bagi menghiburkan penonton.

Dengan menyampaikan dua buah lagu iaitu Kisah Dua Muka dan Aku Sanggup, ternyata aura juara Akademi Fantasia 2015 masih berbekas dalam diri Sufie.

Advertisement

Bagaimanapun, kehadiran Sufie di GVF menjadi tanda tanya sama ada penyanyi berusia 35 tahun itu adalah calon hot seat atau pun tidak.

Untuk rekod, Sufie merupakan juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015) dan mencipta sejarah sebagai peserta pertama dari Singapura yang menjuarai AF.

Selain Sufie dan Amir, beberapa nama lain seperti Hazama dan Akim turut menjadi sebutan peminat yang mula membuat spekulasi mengenai barisan bintang Hot Seat.

Advertisement

GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement