Pengacara Ahmad Fedtri Yahya dilaporkan terbabit dalam sebuah kemalangan dan mengalami banyak kecederaan di bahagian muka.

Menerusi laman sosial Instagram, isterinya, Nurul Anati menggunakan akaun suaminya dan berkongsi sekeping foto Fedtri yang baru selesai menjalani pembedahan.

“Assalamualaikum, suami saya Ahmad Fedtri Yahya terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.

“Banyak kecederaan di muka, semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah,” tulis isterinya di ruangan kapsyen.

Isterinya turut meminta para pengikut untuk mendoakan yang terbaik buat Fedtri dan diberikan kesembuhan.

“Doakan yang terbaik untuk kesembuhanya,” ujarnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang mendoakan Fedtri agar cepat sembuh serta dipermudahkan segala urusan.

“Moga dipermudahkan segalanya dan abang Fedtri segera sembuh, amin,” komen seorang wargamaya.

“Innalillah abang Fedtri, Insya-Allah abang kuat. Semoga diberikan kekuatan dan kesembuhan yang segera, amin,” kata seorang wargamaya.

“Allahuakbar, semoga cepat sembuh dan dilindungi Allah sentiasa. Amin,” tulis seorang wargamaya.

Gempak turut mendoakan agar Fedtri cepat beransur pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.