Pemain Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan mengucapkan rasa syukur setelah isterinya, Zarema Zainal selamat melahirkan cahaya mata ketiga semalam.

Berita gembira itu dikongsi Aidil menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram beserta foto yang merakamkan dirinya sedang tersenyum sambil memandang anak perempuannya.

“Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 27.12.2021. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri,” coretnya.

A post shared by Aidil Zafuan (@_aidil.zafuan_)


Dalam pada itu, baginda Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim juga turut mengucapkan tahniah kepada Zafuan.

“Akhirnya dapat seorang Puteri Aidil. Alhamdulillah. Tahniah,” @hrhcrownprinceofjohor


Bagaimanpun Aidil dan isterinya masih belum mendedahkan wajah dan nama puteri mereka.

Aidil dan Zarema mendirikan rumah tangga pada tahun 2014.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Ayden Zeeyad dan Ayres Zachary.