Skip to main content

Berita Tempatan

Aidil Zafuan, Zareema Timang Cahaya Mata Lelaki

aidilzafuananak4.jpg
Pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan telah selamat menimang cahaya mata lelaki pada jam 5.45 pagi, 20 Januari lalu.
 
Aidil Zafuan berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya semalam.
 
Aidil bersyukur kerana isterinya, Zareema Zainal selamat melahirkan bayi kedua mereka.
 
Bayi lelaki tersebut merupakan anak keempat Aidil selepas dia mempunyai dua lagi anak bersama perkahwinan terdahulu bersama pelakon Rita Rudaini.
 
Aidil turut mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan isterinya.
 
Rata-rata peminat dan pengikut IGnya mengucapakan tahniah di atas kelahiran seorang lagi putera dalam hidupnya.
 
Foto: Instagram Aidil Zafuan
Teks oleh: Syafiqah Jalal
 
 

Must-Watch Video

Advertisement