Viral
"Aik! Hilang Dah Tudung" - Muat Naik Gambar Tak Bertudung, Netizen Perli Liyana Jasmay
Selepas tular pergaduhan pelakon Liyana Jasmay dan netizen mengenai cara memakai tudung hingga nampak rambut di media sosial baru-baru ini, kecoh pula apabila pelakon itu memuat naik foto terbaharu tidak lagi berhijab.
Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, Liyana berkongsi sekeping foto sedang menikmati hidangan tengah hari bersama suami dan dua anaknya.
Semestinya situasi itu mencetuskan provokasi netizen yang tertanya-tanya akan kesediaan pelakon itu untuk benar-benar berhijrah dan menjaga auratnya sebagai wanita muslim.
Tak kurang juga yang memerli tindakan Liyana itu.
"Dah tak pakai tudung dah ke sekarang ni Liyana Jasmay?" soal @syafiqali82.
"Tak pakai dah. Shooting kat Melaka hari tu memang dah tak pakai tudung. Biarlah, dia ada suami, korang doa yang baik-baik," tambah @diela_mewangi.
"Bisnes tudung dah tak laku macam ni lah," tambah @wanieyhadiey88.
"Mungkin dia tak bersedia lagi nak berhijab. Doakanlah dia. Tapi janganlah sampai pakai baju pun tak cukup kain atas bawah ye?" tulis @tasha_razali90.
Dalam pada itu, ada juga peminat yang bersangka baik dan menganggap penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 ini sekadar berkongsi foto lama sebelum bertudung di laman Instagram miliknya.
"Picture lama kot," tulis @nurulhuda21690.
"Think positive. Gambar lama kot," tambah @yanapen_yu.
"2020 kan... Tak ada kereta terbang tapi... eh aku bersangka baik mungkin gambar lama dulu," sahut @mariyamokhtar.
Pelantun lagu Aku Tak Percaya Cinta ini mula mengenakan hijab di penghujung Julai 2017.
Must-Watch Video