Laman Utama

AIM23; Dayang Nurfaizah Ungguli Pencalonan 6 Kategori!

gempak
Amri Hassan
01/09/2022
11:08 MYT
Sponsor Banner
AIM23; Dayang Nurfaizah Ungguli Pencalonan 6 Kategori!
Penyanyi Dayang Nurfaizah mengungguli pencalonan Anugerah Industri Muzik (AIM) 23 dengan enam kategori.
Dayang menggunguli pencalonan menerusi dua kategori Rakaman Lagu Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Album serta satu kategori dalam anugerah Rakaman Album Terbaik dan Kulit Album Terbaik.

AIM23 singkir Lagu India Tempatan Terbaik

Sementara itu, Pengerusi RIM dan Jawatankuasa Penganjur AIM23 , Rosmin Hashim berkata, edisi kali ini juga menyingkirkan satu kategori, Lagu India Tempatan Terbaik menjadikan sebanyak 21 kategori dipertandingkan dengan 105 calon.
"RIM menerima jumlah pencalonan sebanyak 650. Ini merupakan petunjuk bahawa industri muzik tempatan berada dalam keadaan baik dan dalam perjalanan ke pemulihan selepas pandemik.
"Penambahan beberapa kategori anugerah baru turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pencalonan untuk tahun ini.
"Kami juga menyingkirkan kategori Lagu India Tempatan Terbaik kerana kebanyakan lagu yang dicalonkan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan," katanya.
Dalam pada itu, Rosmin turut mengumumkan nama-nama juri terkemuka menganggotai panel juri pencalonan AIM23 antaranya penggiat industri muzik yang dihormati seperti LY, Fauzi Marzuki dan Datuk Acis.
"Mengetuai keseluruhan proses penjurian sebagai Ketua Juri adalah komposer, arranger, konduktor dan pemain piano jazz terkemuka, Datuk Mokhzani Ismail
"Markah juri yang diaudit oleh firma pengauditan, Mazars. Proses penjurian juga ditadbirkan oleh pihak ketiga yang bebas, Macomm Management Services Sdn. Bhd," ujarnya.
Anugerah Industri Muzik Ke-23 bakal berlangsung 11 September pukul 9 malam melalui Astro Ria (104).
Jom semak senarai penuh calon AIM23:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live