Laman Utama
Ainul Diserang Sawan, Ibu; "Seperti Ditidurkan, Hanya Bola Mata Saja Mampu Gerakkan"
Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani memaklumkan anak perempuannya diserang sawan berulang kali sejak Ahad.
Kata Nurul Erwani, anaknya yang dirawat sejak Isnin minggu lalu itu masih bertenaga untuk melawan biarpun diberikan ubat tidur.
"Ainul agak teruk hari ni lepas diserang sawan berulang kali semalam. Ini kali pertama Ainul kena sawan dan ia berlaku empat hingga lima kali dalam tempoh tak sampai 12 jam.
"Ainul nampak sangat berbeza sekarang. Ainul pernah banyak kali jatuh sakit sebelum ini, tapi saya nampak dia masih bertenaga untuk melawan walaupun diberi ubat tidur.
"Hari ini walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang seperti ditidurkan. Hanya bola mata saja Ainul mampu gerakkan. Badannya kaku.
"Saya menangis semahunya sejak serangan berlaku tengah malam tadi. Saya tak dapat nak gambarkan apa yang saya rasa sekarang. Saya sangat sayang dengan Ainul. Saya reda," tulisnya.
Dalam pada itu, Nurul Erwani memaklumkan anaknya itu masih dirawat namun reda dengan apa saja ketentuan Ilahi.
"Doktor masih berusaha merawatnya. Kita semua sudah mendoakan yang terbaik untuknya. Sekarang tiba masanya saya serahkan urusan ini kepada yang Hak untuk menentukan.
"Jauh di sudut hati, saya masih berharap keajaiban dari Allah. Semoga Allah izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata.
"Tapi apalah daya saya. Saya tidak tahu manakala Dia tahu segalanya. Doakan untuk Ainul Mardhiah kami," tambahnya.
Must-Watch Video