Melihat kepada kutipan yang diraih sebanyak RM20 juta dalam masa 11 hari, tidak salah untuk Gempak katakan filem aksi Air Force The Movie: Selagi Bernyawa merupakan filem aksi terbaik untuk tahun 2022.

Kejayaan yang diraih itu sekaligus melakar sejarah tersendiri buat pasukan filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

Seawal tayangan trailernya diluncurkan buat tontonan umum, sudahpun mendapat reaksi positif daripada peminat, apatah lagi apabila berpeluang menyaksikan filem penuhnya.

Justeru tidak hairanlah jika pada hari pertama tayangan pada 25 Ogos lalu di 170 panggung telah dipenuhi peminat filem tersebut.

Untuk itu, bagi yang belum menyaksikan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, ini 5 sebab kenapa anda perlu serang pawagam sekarang!

1.Filem Aksi Paling Epik 2022

Selepas lebih kurang dua tahun industri filem senyap seketika akibat negara dilanda badai covid-19, akhirnya tahun 2022 telah muncul sebuah filem aksi epik yang terbaik iaitu Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

Bagaimana filem ini dikatakan sebagai filem paling epik 2022? Jawapanya adalah penonton bakal berpeluang melihat aksi-aksi real yang dilakukan sendiri oleh pasukan filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

Sebagai contoh, babak-babak letupan yang ada dalam filem ini bukanlah kesan imej janaan komputer (CGI), tetapi ia adalah benar-benar berlaku di set pengambaran. Selain itu, aksi dogfight diluar kopit adalah juga rakaman sebenar sepertimana kata penagarahnya bahawa Malaysia mampu menghasilkan sebuah filem aksi perang yang bermutu antarabangsa.

2.Barisan Pelakon Tanah Air Hebat

Air Force The Movie telah menampilkan barisan pelakon tanah air yang hebat seperti Datuk Adi Putra yang membawakan watak Mejar Adnan Zaid dan Aiman Hakim Ridza yang membawa watak Mejar Zafran Abd Rahman. Bakat lakonan kedua aktor hebat ini sudah tidak perlu disangkalkan lagi.

Selaku tonggak utama filem ini, ternyata lakonan Adi dan Aiman telah meninggalkan kesan ‘memorable’ kepada penonton. Malah bagi Adi dan Aiman sendiri mereka merasakan watak yang dipikul mereka adalah sebuah watak yang berat untuk dibawakan.

3.Penerbit Filem PASKAL

Kejayaan filem aksi PASKAL yang berjaya meraih kutipan pecah panggung sehinggan RM 30.08 juta bakal diteruskan lagi melalui terbitan yang sama dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.

Biarpun menjalankan penggambaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun itu bukan penghalang buat pasukan pengarah dan penerbit Air Force The Movie: Selagi Bernyawa untuk tampil dengan kualiti filem aski yang terbaik untuk tahun 2022 ini.

4.Papar Aset Ketenteraan Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Seperti fiem PASKAL, Air Force The Movie : Selagi Bernyawa turut tidak ketinggalan mempamerkan aset-aset pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti Sukhoi Su-30MKM.

Peluang yang jarang diperolehi oleh mana-mana pihak terbitan filem, ternyata digunakan sebaik-baiknya oleh pasukan filem Air Force the Movie khususnya mengetengahkan peranan dan memartabat nama ATM dan TUDM.

Penonton bakal berpeluang menyaksikan ketangkasan jet pejuang Sukhoi dalam aksi dogfight yang begitu realistik. Pastinya aksi-aksi dogfight diantara jet Sukhoi dan MiG musuh semasa bahagian klimaks filem membuatkan penonton berdebar dan tidak senang duduk di kerusi masing-masing

5.Mampu Memupuk Semangat Patriotik Dan Cinta Akan Negara

Penonton yang menyaksikan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa bakal larut dalam emosi dan meraskaan sendiri bebanan serta tekanaan yang ditanggung barisan tentera yang berjuang habis-habisan di medan perang dalam mempertahankan negara demi untuk memastikan keselamatan rakyat terjamin.

Secara tidak langsung, semangat patriotik yang kuat dipamerkan dalam filem ini bakal mengalir dalam jiwa penonton untuk sentiasa memupuk semangat cinta akan negara terutamanya pada sambutan kemerdekaan negara yang ke 65 tahun ini.

Sebagai rumusan, apa yang boleh Gempak katakan kepada anda adalah pergi serang pawagam berdekatan rumah anda sekarang sebelum menyesal! Bawa ibu, ayah, adik, kakak, kawan-kawan semua untuk sama-sama menyaksikan Air Force The Movie: Selagi Benyawa sekarang!