Laman Utama

“Air Mata Kembali Menitis…”- Anak Oki Setiana Dewi Disahkan Menghidap Prader Willi Syndrome

gempak
Syafiqah Jalal
01/04/2021
05:20 MYT
Sponsor Banner
“Air Mata Kembali Menitis…”- Anak Oki Setiana Dewi Disahkan Menghidap Prader Willi Syndrome
Selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi mengesahkan anak bongsunya, Sulaiman Ali Abdullah disahkan menghidap ‘Prader Willi Syndrome’.
Meskipun bersedih dengan berita itu, Oki memberitahu dia bersyukur dan terharu dengan doktor dan jururawat yang telah banyak membantu merawat anaknya.
“Hari ini bertemu kumpulan doktor yang akan menangani @sulaimanaliabdullah akan datang.
“Hari ini airmata saya kembali menitis. Bukan kerana Sulaiman dinyatakan menghidap ‘Prader Willi Syndrome’ , tetapi dalam masa yang sama terharu kerana kebaikkan Allah yang luar biasa.
“Terharu kerana Allah kirimkan doktor-doktor baik hati yang memberi semangat kepada saya dan mententetamkan saya bahwa mereka ini mengatakan akan terus mendampingi saya dan Sulaiman ke depannya,” katanya.
Oki berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Oki memuat naik fotonya memangku anaknya serta bersama barisan doktor dan jururawat.
Sekadar info, ‘Prader Willi Syndrome’ adalah kelainan genetik yang menyebabkan gangguan pada fizikal, mental, dan perilaku penderita. Gejala yang dialami penderita akan berubah seiring pertambahan usia.
Terdahulu, difahamkan Sulaiman mengalami masalah pernafahan sejak dilahirkan.
Oki melahirkan Sulaiman dengan berat 2.7 kilogram (kg) pada 16 November tahun lalu secara pembedahan.
Oki mendirikan rumah tangga bersama Ory Vitrio pada tahun 2013 dan mempunyai tiga orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live