Laman Utama

Aircond Rosak, Ika Nabella Rengsa Anak Terpaksa Tidur Berpeluh-Peluh Di Villa Mewah Janda Baik - "Saya Dah Belanjakan RM3,000 Lebih"

gempak
Amri Hassan
02/11/2021
12:50 MYT
Sponsor Banner
Aircond Rosak, Ika Nabella Rengsa Anak Terpaksa Tidur Berpeluh-Peluh Di Villa Mewah Janda Baik - "Saya Dah Belanjakan RM3,000 Lebih"
Pelakon Ika Nabella berdepan situasi kurang menyenangkan apabila percutiannya bersama keluarga di sebuah villa di Janda Baik, Pahang tidak seperti dirancang.
Kongsi Ika, anak tunggalnya, Noah yang berusia dua tahun terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa dan berpeluh-peluh kerana pendingin hawa biliknya rosak.
Lebih memburukkan keadaan apabila pihak pengurusan tidak mengendahkan aduannya dan membiarkan mereka sekeluarga tertunggu-tunggu hingga pukul 4 pagi.
"Dah tempah sebuah villa cantik di Janda Baik semuanya berjalan lancar sehinggalah kami perasan pendingin udara di bilik Noah rosak. Panas. Allah uji bukan hanya pintu kaca saja rosak tak boleh kunci.
"Bowie cuba menghubungi pengurusan selama lima jam dan mereka membiarkan kami tertunggu-tunggu dengan alasan 'saya minta penyelia usahakan' dan hanya satu tick selepas berkali-kali panggilan telefon.
"Servis yang sangat teruk apabila anda membiarkan pelanggan menunggu lima jam tanpa tindakan apa-apa. Akhirnya kami menukarkan bilik Noah dan meletakkan dia bersama-sama dengan sepupunya.
"Bayangkan kalau ada bayi yang tidur dalam satu bilik seorang mengigau dan menangis, apa akan jadi kepada mereka semua?" katanya.
Dedah Ika lagi, dia telah membayar lebih RM3,000 untuk menghadiahkan percutian khas itu kepada anak tunggalnya bersama sepupunya yang lain.
Malah, bayaran penuh telah dibuat Ika ketika pendaftaran masuk tanpa berfikir panjang.
"Noah terjaga pukul 2 pagi dan baru tidur balik. Allahu untuk pertama kali dalam hidup saya pasang kartun untuk menenangkan dia daripada menangis sebab tidur bilik berkongsi ramai-ramai.
"Saya rasa seperti ibu yang teruk. Saya tak mampu lakukan apa-apa apabila anak saya kurang selesa kerana sikap orang lain yang pentingkan diri.
"Tak boleh buat apa-apa sebab biliknya tak ada pendingin hawa dan pintu tak boleh kunci. Saya harap mereka akan membetulkannya pada pagi nanti sebab saya dah membelanjakan RM3,000 untuk anak saya tidur dalam keadaan tidak selesa," tambahnya yang memberitahu anaknya tidak selesa tidur tanpa penghawa dingin.
Hanya sempat melelapkan mata kurang daripada tiga jam, kongsi Ika lagi Noah bangun seawal pukul 7 pagi tadi disebabkan keadaan tempat tidurnya yang kurang kondusif.
"Rasa nak termuntah tak tidur lagi. I yang tua pun nak termuntah terus rasa tak sihat bila tak cukup tidur inikan budak dua tahun yang berjaga lebih pukul 2 pagi. Sedihnya...," tambahnya.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024