Bintang Gegar Vaganza (GV) 4, Liza Hanim akui gementar apabila mendapat tahu idolanya, Aishah, turut serta dalam program realiti popular itu.
Tidak menganggap penyertaan penyanyi Janji Manismu itu sebagai pesaing, Liza Hanim sebaliknya menjadikan kehadiran idolanya di pentas GV 4 sebagai satu cabaran.
“Saya tak sangka dapat bertemu dengan idola saya di GV 4 dan sudah tentu kehadiran Aishah menggembirakan saya kami berada di pentas sama.
“Kalau kita lihat barisan bintang GV 4, semuanya mempunyai kelebihan vokal masing-masing dan saya anggap ia cabaran buat diri ini supaya tidak lalai atau ambil mudah setiap persembahan saya,” katanya kepada Astro Gempak.
Ketika ditanya tentang harapan yang diletakkan peminat terhadap dirinya, Liza tidak menafikan turut berasa bimbang mengenai perkara tersebut.
“Saya terharu apabila melihat peminat yang datang memberi sokongan kepada saya, malah terkejut apabila dapat tahu #teamLizaHanim wujud sebaik sahaja Astro mengumumkan tentang GV 4.
“Harapan peminat sangat tinggi dan ada yang beranggapan vokal saya sama seperti 20 tahun dahulu. Saya harap peminat tidak bandingkan vokal saya sekarang dengan ‘Liza Hanim 1997’ kerana usia saya kini sudah mencecah 40 tahun,” katanya ketawa.
Ketika ditanya mengapa dia menerima tawaran untuk menyertai GV 4, Liza memberitahu dia mahu menjadikan program ini sebagai platform untuk kembali aktif di bidang nyanyian.
“Sebenarnya sejak GV 1 lagi saya sudah dipanggil untuk menyertai GV, namun kekangan masa dan sebagainya membuatkan saya menolak tawaran daripada Astro.
“Kebetulan ketika dipanggil untuk GV 4, saya sudah bersedia untuk kembali aktif sebagai penyanyi dan sedang dalam perancangan untuk menghasilkan single terbaru.
“Saya juga bersyukur apabila suami, Shah dan anak-anak turut memberikan sokongan sepenuhnya kepada saya menyertai GV 4,” ujarnya.
Jangan lupa untuk menyaksikan Liza Hanim dalam konsert kedua GV4, menyanyikan lagu Aku Hanya Pendatang daripada Francissca Peter.
Selain Liza, 11 lagi peserta yang bakal membuat persembahan pada malam tersebut ialah Aishah, Hazami, Firman Siagian, Lan Kristal, Tia Jinbara, Elyana, Syura, Ferhad, Aqasha, Haida dan Raja Azura.
GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.
Fiza Kamarudin
Thu Nov 02 2017

.jpg?ext=.jpg)
#OhAbeNik: Perlu Ker Berhabis Duit Untuk Renovate Rumah? Kalau Kaya Bolehlah...
Nak renovate rumah tapi duit tak ada...

COVID-19: 1,680 Kes Baharu, 7 Kematian
Terus patuhi SOP!

Hilang Keluarga, Hilang Kerja... WHO Beri Amaran Cabaran Kesihatan Mental Akibat Pandemik
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat membangkitkan mengenai cabaran kesihatan mental yang disebabkan oleh pandemik COVID-19

Kerja Dah Settle Tapi Payment Belum Dapat, Nabila Huda; "Masa Nak Panggil Punyalah Mengampu, Bila Dah Dapat ..."
Abil terpaksa bergaduh demi dapatkan payment...

Zul Yahya Keluar Tabligh Demi Jaga Kemuliaan Jemaah, Ada Yang Kecam; "Kau Ingat Ini NGO Boleh Keluar Masuk?"
Zul Yahya nekad, punyai pendirian sendiri...

Isu Sajat: Ustaz Kazim Elias Beri Nasihat, Alicia Amin Minta 'Leave Sajat Alone'
Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias atau Ustaz Kazim menasihati orang ramai untuk menegur dan menasihati saudara Islam dengan baik dan beradab.

Jawab Soalan 'Bila Nak Kahwin?' Tapi Cincin Beyblade Vida Pula Jadi Bahan Netizen
Orang terus terpandang cincin DSV!

Hari Wanita Sedunia: Siti Elizad Sokong Wanita Perlu Ada Duit Sendiri, Fasal Anak Pula...
Tema tahun ini Wanita Bangkit Mendepani Cabaran.

Zombi - Minggu 5 | Muzikal Lawak Superstar 2
Orang cakap cinta tak kenal siapa. Kalau jodoh international pun apa salahnya kan.

Yatt Hamzah Hamil Anak Ke-6 Pada Umur 40 Tahun - "Patutnya Dah Boleh Tahu Jantina Baby Kan?"
Pelakon Yatt Hamzah memaklumkan dia kini hamil lima bulan.