Jawapan penyanyi Aishah yang mengaitkan isu Gaza ketika ditemu bual bersama media pada Ahad lalu menerima kecaman daripada netizen.

Aishah bagaimana menjelaskan jawapan yang diberikan bukan bermaksud penghinaan atau tidak sensitif dengan isu kesengsaraan rakyat Palestin.

Malah sebaliknya ia hanya sekadar sebagai perumpamaan dirinya teruk dikecam netizen persis bedilan peluru.

“Ada yang tak puas hati bila I enggan menjawab sama ada persembahan I ok ke tidak dan I tak nak menjawab kalau I jawab ‘I will be hit hard like Gaza.'

“Itu bukan suatu penghinaan atau tidak sensitif terhadap isu Gaza. Itu perumpamaan I yang kalau I jawab I akan dibedil hebat oleh orang di luar sana.

“Itu saja, bukan I samakan situasi I dengan penduduk Gaza. Adoi la korang!” tegas Aishah menerusi perkongsiannya di laman sosial.

BACA SINI: All Stars Gegar Vaganza: Netizen Dakwa Aishah Hina Vince?

Terdahulu, Aishah menjadi peserta ketiga yang tersingkir pada minggu keempat All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung pada Ahad lalu.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.