HIBURAN
Ajai Kongsi Keadaan Terbaharu Mamat, Doa Semakin Sihat Di Pengasih- “Kami Simpan Dia Untuk…”
Kumpulan Exists memaklumkan bahawa mereka bersetuju untuk ‘menyimpan’ vokalisnya iaitu Mamat bagi projek khas tahun depan.
Warm up sebelum kembali
Menurut Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 50, buat masa ini Mamat ada terlibat dengan persembahan kecil sebagai permulaan sebelum dia kembali menakluk pentas besar.“Jadi persembahan-persembahan seperti ini sebagai tanda ‘warm up’ untuk Mamat sebelum kembali,” katanya.“Sebenarnya kami sudah ada perancangan untuk Mamat cuma kami ‘simpankan’ dia untuk projek khas reunion Exists tahun hadapan. “Tapi dalam masa yang sama, Exists juga rajin lakukan persembahan dengan Mamat, seperti baru-baru ini di Kelantan.
Ajai berkata demikikan ketika ditemui pada sidang media konsert Exists Premium Live @ PJ di IOI City Mall, Putrajaya pada Ahad.
Kesihatan semakin bagus
Mengulas lanjut mengenai sahabatnya itu, Ajai berkata kesihatan Mamat semakin baik selepas menerima rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Bentong, Pahang.“Yang mahu mengubah dirinya adalah hati dia sendiri dan dia buat benda itu. Kami sebagai abang-abangnya sentiasa mendoakan untuk dia supaya apa yang kami capai, dia turut capai perkara sama,” ujarnya.“Prestasi kesihatan Mamat juga sudah semakin bagus, yang kita dengar daripada warden adalah dia kini seperti jadi ikon di sana. “Kami dapat tahu perkembangan positifnya sangat banyak dalam masa yang singkat. Walaupun dia masuk pengasih tetapi pucuk pangkalnya adalah hatinya.
Untuk rekod, Mamat kini sudah hampir setahun berada di bawah pengawasan Pengasih untuk rawatan dan pemulihan selepas terpalit kes berkaitan penyalahgunaan dadah.
Terdahulu, pada tahun 2019 Mamat berdepan dua pertuduhan mengambil dadah, bagaimanapun pada 8 Julai tahun lalu dia berjaya dalam rayuan terhadap sabitan dan hukumannya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor.
Dalam perkembangan lain, konsert Exists Premium Live @ PJ akan berlangsung di Jio Space, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Oktober depan.
Tiket boleh didapati dengan harga bermula daripada RM368 sehingga RM588 dan boleh didapati menerusi laman sesawang Jiotix Asia.
Must-Watch Video