Laman Utama

Ajak Anak Yatim & Tahfiz Terkinja Atas Pentas Lepas Berbuka, Fedtri Yahya Tegur Segelintir Penyanyi - “Aib, Jaga Reputasi Mereka..”

gempak
Azwa Rahman
21/04/2022
02:15 MYT
Sponsor Banner
Ajak Anak Yatim & Tahfiz Terkinja Atas Pentas Lepas Berbuka, Fedtri Yahya Tegur Segelintir Penyanyi - “Aib, Jaga Reputasi Mereka..”
Pengacara terkenal Fedtri Yahya menegur segelintir penghibur yang diundang untuk membuat persembahan pada majlis berbuka puasa agar menghormati golongan anak-anak yatim dan tahfiz.
Menurut Fedtri atau nama sebenarnya Ahmad Fedtri Yahya, 40, dia melihat sendiri kelakuan penyanyi yang mengajak anak-anak yatim dan tahfiz ini untuk berjoget bersama mereka di atas pentas sebaik sahaja kanak-kanak ini selesai menunaikan solat Maghrib.
“Sekarang dah banyak aktiviti buka puasa yang panggil anak yatim, anak-anak tahfiz, dan terkejut saya bila mana pernah berlaku, ada persembahan di pentas lepas berbuka, lepas solat Maghrib, ada yang menyanyi lagu raya, berjoget.
“Tapi yang paling terkejut bila orang yang menyanyi tu panggil pulak anak-anak yatim dan tahfiz yang baru lepas balik surau untuk berjoget melompat bersama,” jelasnya menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya.
Tambah penulis lirik itu lagi, tiada keperluan untuk mengajak anak-anak yatim dan tahfiz ini untuk berjoget bersama kerana ia tidak manis dan kelakuan tersebut akan menjejaskan nama baik mereka.
Malah, penyanyi tersebut perlulah menjaga adab mereka agar tindakan yang dianggap mengaibkan itu tidak terpalit pada diri sendiri.
“Budak-budak tahfiz tu macam terpinga-pinga kenapa kena buat semua ni, kena terkinja-kinja. Mereka kemudian meminta diri, makan dan terus keluar.
“Jadi kita yang buat persembahan ni kena ada common sense, pertimbangan. Yang sesuai, kita rasa sesuai.
“Yang tak sesuai jangan buat nanti akan mengaibkan diri kita dan menjatuhkan reputasi anak yatim dan tahfiz itu sendiri,” ujarnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, teguran Fedtri itu mendapat sokongan rakan selebriti dan wargamaya yang rata-ratanya meluahkan pendapat yang sama.
“I agree,” komen Catriona Ross.
“Patut tak payah la hiburan selepas majlis tu. Pasang zikir, nasyid, takpe la jugak. Ni sampai nak menari-nari tu tak patutlah,” ujar seorang wargamaya.
“Syukur sangat ada yang bersuara pasal hal ni, terima kasih,” sokong seorang wargamaya.
“Anak-anak tahfiz bawak barakah. Maka hormatikan mereka. Seumpama kita menghormati diri kita sendiri,” tulis seorang wargamaya.
“Dah lama perhati kadang sampai kita naik segan. Artis-artis yang macam syok sendiri je atas stage selalunya. Maaf tapi ini realiti,” tulis seorang wargamaya.
“Betul bang, untuk para Huffaz ni, nak jaga hafalan lagi perlu banyak pantang, makan dan minum dan terutama pandangan dan pendengaran. Sebab hati perlu bersih nak jaga kesucian Quran dalam jiwa qalbu ni,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live