Laman Utama

Ajak Isteri Hamil 7 Bulan Selfie Sebelum Tolak Jatuh Dari Tebing 300 Meter

gempak
Maliah Surip
24/11/2022
15:50 MYT
Sponsor Banner
Ajak Isteri Hamil 7 Bulan Selfie Sebelum Tolak Jatuh Dari Tebing 300 Meter
Seorang lelaki dari Turki sanggup melakukan perbuatan keji apabila menolak isterinya yang sedang hamil 7 bulan dari tebing dengan ketinggian 304 meter sehingga mati.
Menurut laporan The New York Post, suspek, Hakan Aysal, telah mengajak isterinya, Semra Aysal untuk mengambil selfie di tepi tebing Lembah Kupu-kupu di Mugla, Turki pada Jun 2018.
Ironi, Hakan tahu isterinya sangat takut dengan ketinggian. Namun dia berjaya memujuk wanita itu berada di tepi teping, mengambil selfie sebelum menolaknya jatuh sekaligus berjaya membunuh Semra yang sedang hamil 7 bulan pada saat itu.
Di atas tindakan tidak berperikemanusian itu, Aysal telah dijatuhi hukaman penjara seumur hidup oleh hakim di Mahkamah Jenayah Tinggi Fethiye, Turki selatan pada 25 Oktober lalu.
Hakan juga perlu menjalani hukuman setidaknya 30 tahun sebelum dia dapat dipertimbangkan untuk dibebaskan.
Sebelum mengaku kesalahan jenayah yang dilakukannya, Hakan sempat menipu pihak polis.
Dalam keterangannya, dia mengatakan isterinya terjatuh selepas memasukkan telefon bimbit ke dalam beg yang dipegang.
“Saya bangun dan kemudian mendengar isteri saya menjerit di belakang ketika saya berjalan beberapa langkah untuk mengambil telefon dari begnya.
"Ketika saya pusing, dia tidak ada di sana. Saya tidak menolak isteri saya,” dakwa Hakan.
Hasil siasatan juga mendapati Hakan cuba membuat klaim terhadap insurans isteri selepas beberapa hari kematian tragisnya.
Kredit Foto: PetaPixel
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live