gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ammar Ahyyan Tak Dibayar Gaji Daripada Aliff Syukri Tapi…
HIBURAN
Selepas Matematik, Netizen Terpukau Tengok Kembar ’Sekumpulan Orang Gila’ Jawab Soalan Teka Peta Dunia
HIBURAN
Beri Ucapan Hari Lahir, Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Rindu Terhadap Ayden & Ara - “Cucunda Berdua Adalah Penyambung…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Ajak Shiro Punca Shuib Mengalir Air Mata, Terdiam Saat Radio Putar Lagu Arwah Siti Sarah

Gempak
Gempak
09/09/2022
03:30 MYT
Sponsor Banner
Ajak Shiro Punca Shuib Mengalir Air Mata, Terdiam Saat Radio Putar Lagu Arwah Siti Sarah
Video memperlihatkan reaksi pelawak Shuib ketika radio memutarkan lagu Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.
Menerusi video perkongsian rakannya, Ajak Shiro di Instagram, Shuib hanya memaling muka tanpa berkata apa-apa saat mendengar lagu nyanyian arwah isteri tercinta.
Pelawak dan juga penyampai radio itu meninggalkan komen di ruang perkongsian itu dengan mengatakan Ajak telah membuatkan dia mengalir air mata.
“Kau cekik air mata aku pagi-pagi Jak,” tulis Shuib secara ringkas.
Rata-rata netizen turut berasa sebak melihat reaksi wajah Shuib, malah ada juga di antara mereka yang memahami apa yang dilalui oleh pelawak berkenaan.
Sebelum itu, Ajak dan Shuib berkongsi topik mengenai ibu hamil yang sedang mengidam di segmen pagi di radio.
Shuib turut berkongsi mengenai kenangan manis bersama arwah isterinya yang dikatakan mengidam pelik seperti ingin merasa sabun.
Malah, Shuib turut memberitahu isterinya juga pernah mengidam untuk makan daging Wagyu ketika sedang hamil anak bongsu mereka iaitu Ayash Affan.
“Mengidam hendak makan daging Wagyu. Dia ketap bibir sambil telan air liur dan ketika hamil Ayash Affan ni dia memang suka sangat makan daging Wagyu.
“Dan haritu masa dia minta tu, sememangnya Alhamdulillah dapat ditunaikan dan dia terlalu seronok sangat makan daging tu. Seronoknya, Ya Allah, dapat jugak ditunaikan,” cerita Shuib.
Topic Berkaitan
#Siti Sarah
#Ajak Shiro
#Shuib
#Sarah
#Shuib Ajak
#Shuib Sarah
#Shuib Sebak
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement