Anugerah Juara Lagu 37 atau AJL 37 berlangsung hangat di Axiata Arena menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan 12 finalis.
Antara yang menarik perhatian penonton pada malam berprestij tersebut adalah persembahan penyanyi Naim Daniel.
Naim Daniel menjadi finalis ketiga dalam anugerah yang menyaksikan dia mempertaruhkan lagu Mainan.
Tampil serba putih, Naim Daniel melakukan persembahan di luar kotak apabila menyanyi secara terbalik dalam keadaan tergantung!
Bukan hanya tergantung dengan kedua kakinya diikat kemas untuk satu atau dua rangkap lagu, tetapi penyanyi dan pelakon berusia 25 tahun itu berada dalam posisi terbalik sehingga selesai mendendangkan lagu tersebut.
Persembahan unik tersebut mendapat perhatian penonton di stadium serta di rumah. Ia dijangka membawa pulang kategori Persembahan Terbaik AJL 37 kerana berada pada tahap ‘next level’.
Namun penonton diingatkan agar tidak meniru aksi tersebut kerana apa yang dipersembahkan oleh Naim Daniel dilakukan dalam pengawasan profesional.
Mainan merupakan lagu yang digubah oleh Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga dengan lirik ditulis Arisz Ab Rahman.
Terdahulu Naim Daniel pernah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) menerusi lagu Sumpah yang digarap bersama Omar K.
Maliah Surip
Sun Feb 12 2023


Lah, Rupanya Awkwafina Pernah Menetap Di Kuala Lumpur? Ini Kisahnya…
Rupanya Awkwafina pernah duduk sini...

Video Bruce Springsteen Jatuh Tangga Sewaktu Konsert Ditonton 7.4 Juta Kali
Lebih 7 juta views ya!

Proses Persiapan Buku Penuh Air Mata, Puteri Sarah ‘Spill The Tea’ Kisah Peribadi & Tragedi Hidup Dalam ‘Terus Melangkah’ - “Menceritakan Sisi Lain Yang Tak Pernah…”
Sarah kongsi kisah peribadi dalam buku pertamanya.

#PE3: 8 Hari Tayang, Polis Evo 3 Kaut RM25 Juta! Watak ‘Villain’ Reza Jadi Bualan Hangat
Tahniah Polis Evo 3 boh!

Jamal Abdillah Lega Dapat Saman PRISM – “Lagu Dimainkan Di Radio Tapi Tiada Royalti”
Artis tak dapat royalti?

#MEGASPONTAN2023: Hubungan Jalaluddin Hassan Dengan Roy Azman Macam ‘Tom & Jerry’ - “Walaupun Ada Nampak Seperti Kami Gaduh, Tapi…”
Suka tengok Tok Jalal dengan Roy.

“Saya Bukan Mangsa Fesyen” - Aina Abdul Mahu Tonjol Alter Ego, Dedah Maksud Tersirat Baju ‘Toto’ Viral
Ada sebab kenapa baju Aina unik-unik.

#PE3: “Jadi Sniper Pun Smart!”- Girl Crush! Ramai Ingat Sofia Jane Rupanya Farali Khan! Lakonan Jadi Inspektor Julie Memang ‘Bad Ass’
Memang girl crush lah Farali ni. Cantiknya.

“Saya Rasa Dizalimi” - Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS, Bapa Anzalna Tak Tolak Ada Campur Tangan Politik & Kroni
Dapat notis 24 jam.

“Bringing ‘Binawe’ Back” - Anwari Ashraf Kongsi Foto Scene Outline Keluang Man, Ramai Yang Teruja
Memang tak sabar!