Pelakon Wawa Zainal mengakui alah terhadap bau peti ais dan bawang sepanjang berbadan dua.

Perkara terbabit didedahkan menerusi sesi soal jawab bersama pengikutnya di Instagram baru-baru ini.

"Sudah empat kali pregnant, Wawa tak mabuk benda lain. Mabuk kalau buka peti ais je. Kalau buka peti (ais) auto muntah.

"Dan juga bau bawang," katanya yang kini hamil enam bulan.



Dalam pada itu, isteri kepada Aeril Zafrel itu turut memaklumkan dia berdepan paras hemoglobin dalam darah yang rendah ketika awal kehamilan.

"Sebenarnya Wawa perlu menaikkan paras hb (hemoglobin) bukan semata-masa sebab hamil tetapi untuk cucuk vaksin.

"Jadi antara usaha yang Wawa lakukan adalah makan hati ayam yang akan digoreng garing sebab saya tak boleh nak makan organ dalaman itu, akan loya. Sama juga dengan kerang," tambah Wawa.

Wawa mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013 bersama Aeril dan kini sedang hamil cahaya mata keempat mereka.

Sebelum ini, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.