Skip to main content

Rancangan TV

Akan Membuka Tirai Esok...Ini 6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton The House Musim Ke-6

untitled-design-(19).png
The House musim keenam yang menampilkan sosialit Ezurin Khyra bersama lima cahaya mata serta rakan rapatnya, Magie Abang Saufi akan membuka tirai esok!

Sebelum anda menontonnya, Gempak senaraikan enam sebab kenapa anda perlu tonton The House musim keenam.

The House Bawa Mereka Keluar Dari Zon Selesa!

Ya! Anda sering melihat sisi glamour kehidupan wanita bersama Ezurin Khyra. Dalam The House kali ini, Ezurin bersama putera dan puterinya serta Magie dibawa keluar dari zon selesa mereka untuk menerokai kehidupan yang lebih sederhana.

Anda juga akan melihat bagaimana mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran yang tidak diduga terutamanya di salah sebuah lokasi penggambaran program ini iaitu di Hulu Langat, Selangor.

Ikatan Kekeluargaan Yang Erat

The House juga memaparkan ikatan kekeluargaan yang sangat erat antara Ezurin dan lima cahaya matanya, apapun yang terjadi, Ezurin sentiasa mengutamakan putera dan puterinya. Sisi inilah yang tidaka akan dilihat dalam mana-mana platform lain. Bergelar ibu tunggal, semestinya Ezurin merupakan seorang wanita yang kuat dan berdikari.

Persahabatan

Selain ikatan kekeluargaan, anda juga akan melihat keakraban persahabatan Ezurin bersama rakan rapatnya, Magie Abang Saufi. Mereka banyak meluangkan masa bersama, malah Magie juga seperti sebahagian daripada keluarga Ezurin. Persahabatan mereka yang penuh nilai positif itu wajar dijadikan contoh oleh kita semua.

Hubungan Baik Ezurin Bersama Pembantu Peribadi

Anda boleh menyaksikan bagaimana Ezurin melayan baik dua pembantu peribadinya iatu Bell Chen dan Nana Dayana. Meskipun didatangi masalah, Ezurin tetap bersikap tenang dan menghormati dua pembantu peribadinya itu.

Bagaimana Mereka 'Enjoy' Walaupun Keluar Dari Zon Selesa?

Dalam The House juga, anda akan menyaksikan bagaimana Ezurin, lima cahaya matanya bersama Magie kekal positif dan menjadikan kehidupan sederhana mereka lebih menarik. Mereka mengendalikan perubahan dalam hidup dengan baik.

Buat Pertama Kalinya, The House Menampilkan Sosialit!

Inilah pembaharuan dan perbezaan terkini dalam The House. Menerusi musim-musim sebelum ini, The House telah menampilkan golongan selebriti dan usahawan. Buat kali pertama, program realiti kegemaran ramai ini menampilkan personaliti dari golongan sosialit, dan lebih menarik, mereka akan dibawa keluar dari zon selesa kehidupan mereka.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ezurin Khyra, seorang sosialit 'A-list', ibu kepada lima orang cahaya mata yang sangat dikenali dengan gaya hidup glamor dan sering mengembara ke seluruh dunia. Ezurin yang mesra disapa sebagai Princess Ezurin mempunyai personaliti yang sentiasa mencuri tumpuan di mana sahaja dia berada. Pernah mendirikan rumah tangga dengan kerabat Diraja, Ezurin sering menghadiri acara fesyen terkemuka di seluruh dunia di samping sibuk menguruskan lima orang cahaya mata. Dalam musim terbaru The House, Ezurin berkongsi tentang ikatan erat kekeluargaan bersama putera dan puteri yang tidak pernah ditonjolkan sebelum ini. The House telah membawa Ezurin bersama keluarganya untuk keluar dari zon selesa di mana mereka harus mengharungi kehidupan yang lebih sederhana serta perkara-perkara yang tidak dijangka. Bagaimanakah mereka menyahut cabaran ini? Jangan lupa saksikan The House musim keenam! Saksikan ‘The House’ selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam. Anda juga boleh strim #OnDemand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box! Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo #Gempak #AstroGempak #TheHouseEzurin #EzurinKhyra #EKhyra @ezurinkhyra @magieabangsaufi

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Bagaimana Ezurin, lima cahaya mata dan Magie menyahut cabaran ini? Jangan lupa saksikan The House Ezurin Khyra yang akan bersiaran selama 10 episod di Astro Ria(124) dan Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, jam 9 malam.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video dan episod secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse. Program ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Advertisement

Must-Watch Video