Laman Utama

“Akan Menjadi Tulang Belakang Awak…” – Isteri Syafiq Yusof Sentiasa Titip Doa Buat Suami

gempak
Shahrin Zulkifle
14/07/2022
04:00 MYT
Sponsor Banner
“Akan Menjadi Tulang Belakang Awak…” – Isteri Syafiq Yusof Sentiasa Titip Doa Buat Suami
Isteri kepada pengarah muda berbakat besar Syafiq Yusof, Aeisah Zainal sentiasa bersikap positif dan mendoakan yang terbaik buat kerjaya suaminya.
Menerusi satu posting terbaru yang di kongsi Aeisah di laman Instagramnya, dia sentiasa mendoakan suaminya meskipun tahu ada naik turunnya dalam mencari rezeki.
“Masyallah. Rezeki ada naik dan turun, yang penting cinta kita sentiasa naik mekar mewangi hingga ke Jannah Firdaus A’la.
“Alhamdulillah, Insyallah September ini filem Abang Long Fadhil 3, saya akan sentiasa mendoakan awak dan menjadi tulang belakang awak.
“Akan sentiasa support apa jua perjuangan awak di dunia dan akhirat,” tulis Aiesah.
Filem Abang Long Fadhil arahan Syafiq Yusof bakal ditayangkan di skrin pawagam seluruh Malaysia pada September depan.
Meninjau ke ruangan balas, ramai wargamaya yang cair dengn posting yang dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata itu.
“Moga cinta kamu berdua hingga ke Jannah, saya suka cara suami kamu walaupun kaya tetap mengambil rasmi padi, moga Allah Rahmati your family.
“Ini baru betul-betul sokong suami, bukan biarkan netizen kecam laki saja memanjang, semoga rezeki makin luas.
“Masyallah cinta sehingga ke Jannah,” antara komen manis yang ditinggalkan wargamaya.
Syafiq dan Aeisah telah diijab kabulkan pada April 2014 dengan sekali lafaz dan majlis berlangsung di Surau Tabung Haji, Kuala Lumpur.
Sementara itu, berkesinambungan dengan filem terdahulu, Abang Long Fadhil 3 mengisahkan tentang kehidupan Fadhil yang dahulunya merupakan bekas gangster yang menerima tawaran daripada MSS (Malaysian Secret Service) untuk menjadi perisik.
Apakah misi yang menanti Fadhil menerusi edisi ketiga ini? Saksikan Abang Long Fadhil 3 yang dijadualkan bakal menemui penonton pada September.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live