Skip to main content

Hiburan

Demi Watak Kaikeyi, Lara Dutta Dedah Gelang Tangan Tersekat Di Pergelangan, Terpaksa Guna Gergaji

Demi Watak Kaikeyi, Lara Dutta Dedah Gelang Tangan Tersekat Di Pergelangan, Terpaksa Guna Gergaji

Sekilas

  • Aktres Lara Dutta berkongsi video di sebalik tabir menunjukkan pasukannya terpaksa menggunakan mata gergaji besi untuk memotong gelang yang tersangkut pada pergelangan tangannya semasa penggambaran filem Ramayana.
  • Lara menjelaskan pemilihan kostum Kaikeyi yang dianggap moden adalah hasil perbincangan bersama pengarah Nitesh Tiwari, mengambil kira latar belakang watak dari kerajaan Kekaya.
  • Filem epik Ramayana arahan Nitesh Tiwari mencatat kutipan lebih ₹1,000 crore dalam lapan hari dan bahagian kedua dijadualkan tayang pada 2028.
Advertisement

Di sebalik kemegahan filem epik Ramayana arahan Nitesh Tiwari, rupa-rupanya terdapat pelbagai cabaran yang perlu dilalui barisan pelakon sepanjang proses penggambaran.

Terbaharu, aktres Lara Dutta yang membawakan watak Kaikeyi mencuri perhatian apabila berkongsi satu video di sebalik tabir (BTS) yang memperlihatkan pasukannya terpaksa menggunakan mata gergaji besi untuk memotong gelang yang tersangkut pada pergelangan tangannya.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon itu memuat naik beberapa foto dan video yang memaparkan proses transformasinya menjadi watak Kaikeyi.

Hantaran itu dimulakan dengan foto Lara lengkap mengenakan busana tradisional mewah bersama aksesori dan barang kemas yang menjadi sebahagian daripada penampilannya dalam filem berkenaan.

Turut dikongsikan, beberapa momen pasukan solekan dan kostum bertungkus-lumus menyiapkan penampilannya.

Advertisement

Bagaimanapun, satu perkongsian video telah menarik perhatian apabila Lara dilihat duduk di dalam van soleknya sementara seorang anggota pasukan menggunakan mata gergaji besi dengan berhati-hati untuk memotong gelang yang tersangkut pada pergelangan tangannya.

Lara menyertakan kapsyen dalam nada berseloroh seperti dipetik dari Hindustan Times:  “Untuk mendapatkan penampilan seperti ini, ada banyak perkara yang perlu dilalui di sebalik tabir!

“Termasuk hampir terpaksa menggergaji pergelangan tangan sendiri!”

Dalam pada itu, penampilan Lara sebagai Kaikeyi sebelum ini turut menjadi perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial sejak treler filem berkenaan dilancarkan.

Malah, ada penonton berpendapat busana yang digayakannya kelihatan terlalu moden dan tidak bersesuaian dengan latar zaman Treta Yuga.

Bagaimanapun, ketika ditemu bual News18 baru-baru ini, Lara tampil menjelaskan rasional di sebalik pemilihan kostum tersebut.

Menurutnya, setiap pemilihan busana dibuat berdasarkan pertimbangan tertentu bersama pengarah, Nitesh Tiwari.

“Saya tahu sebab kami memilih jenis pakaian tertentu dan bagaimana kami mahu ia digambarkan. Projek ini sangat besar, tetapi ada pihak yang terlalu mempersoalkan perkara-perkara kecil,” katanya.

Lara turut menjelaskan antara perkara yang dibincangkan bersama Nitesh pada peringkat awal ialah perbezaan latar belakang Kaikeyi yang berasal dari kerajaan Kekaya berbanding dua orang permaisuri yang lain.

“Antara perbualan awal saya dengan pengarah, jika Kaikeyi berasal dari kerajaan Kekaya, bukankah barang kemasnya sepatutnya berbeza daripada dua orang permaisuri yang lain?

“Bukankah dia juga akan membawa barang kemas dan harta peribadinya sendiri sebagai seorang wanita?” ujarnya.

Bagaimanapun, Lara menjelaskan sekiranya setiap perincian sejarah mahu diperhalusi secara mendalam, ia boleh membuka ruang kepada pelbagai perdebatan melibatkan ahli sejarah dan pakar berkaitan.

Justeru, satu pendekatan penyeragaman telah dipersetujui bagi ketiga-tiga kerajaan iaitu Mithila, Ayodhya dan Lanka untuk memperlihatkan perbezaan budaya masing-masing.

Filem arahan Nitesh Tiwari dan terbitan Namit Malhotra itu menampilkan Ranbir Kapoor sebagai Dewa Rama, Sai Pallavi sebagai Sita dan Yash pula menggalas watak Ravana.

Menariknya, filem pertama daripada dua bahagian epik berkenaan dilaporkan berjaya meraih kutipan melebihi ₹1,000 crore (10 bilion rupee India) atau bersamaan kira-kira RM433.67 juta  di seluruh dunia dalam tempoh hanya lapan hari selepas tayangan.

Sementara itu, bahagian kedua filem epik berkenaan dijadualkan menemui penonton pada 2028.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement