Hiburan
Akhirnya Afgan Buka Mulut, Mahu Kahwin Dalam Masa Terdekat
Penyanyi popular Indonesia, Afgan, 29, merancang untuk berkahwin dalam dalam masa terdekat setelah segala urusan penting dapat diselesaikan.
Menurut Afgan, sebelum ini dia merancang untuk berkahwin pada umur 27 tetapi hasrat itu masih tidak dapat dilaksanakan.
"Saya merancang untuk berkahwin secepat yang mungkin setelah semua urusan penting dapat diselesaikan.
"Secara jujurnya, dahulu saya merancang untuk berkahwin pada umur 27, sekarang umur saya 29, sudah terlajak!" katanya sambil berseloroh.
Afgan berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Konsert Dekade bertempat di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Konsert ini akan berlangsung pada Sabtu, 3 November bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.
Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert ini, harga tiket dijual pada harga RM 588 (pakej gold) dan RM 888 (pakej platinum).
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web ticketcharge.com.my atau menerusi talian 03-9222 8811.
Must-Watch Video