HOLLYWOOD
Akhirnya Angelina Jolie Akur Kepada Brad Pitt
Setelah tanpa lelah ikut lawan turun naik mahkamah selama dua tahun, kayaknya Brad Pitt sekarang sedang tersenyum senang.
Hal itu karena dia sekurangnya berjaya memperoleh hak saksama terhadap enam anaknya bersama mantan isteri, Angelina Jolie.
Biarpun advokat aktris tersebut tidak menyatakan isi kesepakatan yang telah dipersetujui, namun satu sumber membocorkan kepada Us Weekly bahawa Pitt cukup berbahagia dengan keputusannya.
“Jolie bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Pitt untuk hak saksama terhadap anak mereka,” dedah sumber tersebut.
Persetujuan itu termasuklah aktor berusia 54 tahun tersebut boleh melawat enam anak mereka tanpa pengawasan. Mereka juga boleh bermalam dengan Pitt di kediamannya buat pertama kali selepas mereka berebut hak penjagaan.

Pitt dan Jolie, 43, kini juga dilaporkan tidak lagi hanya bergantung kepada jasa pengacara, tetapi telah mula menggunakan aplikasi Our Family Wizard untuk menyusun jadual ‘melawat’ cahaya mata mereka.
Jodoh couple paling tenar sedunia itu kandas pada tahun 2016 selepas lebih 10 tahun hidup bersama. Mereka dikaruniai enam cahaya mata iaitu Shiloh, 12, dan kembaran Knox dan Vivienne, 10. Tiga daripadanya adalah anak angkat iaitu Maddox, 17, Pax, 15, dan Zahara, 13.
Namun demikian pihak pengacara Pitt tidak memberi sebarang komentar berkaitan ‘kejayaan’ yang diperoleh. Seluruh isi ajukan hak penjagaan juga tidak didedahkan.
Imbuh sumber itu lagi: “Ia adalah satu perjalanan yang sukar, tetapi dia tidak pernah menyerah.”
Sumber: Us Weekly
Gambar: GQ Magazine, WireImage
Oleh: Maliah Surip
Must-Watch Video