Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akhirnya memakai pelitup muka (mask) di khalayak ramai pada Sabtu.

Memetik laporan BBC News, Trump telah mengunjungi sebuah hospital tentera, Walter Reed di luar Washington dan merasakan pemakaian pelitup muka diperlukan di lokasi berkenaan.

"Saya tak pernah menentang pemakaian pelitup muka, tapi saya percaya, ada masa dan tempat yang betul untuk memakainya," kata Trump.







Tambah Trump, keadaan pesakit yang ramai di hospital tentera itu juga membuatkan dia mengambil langkah berjaga-jaga.

"Apabila kita berada di sebuah hospital, terutamanya dalam keadaan begini, tentera yang ramai dan ada juga yang baru selesai menjalani pembedahan, pemakaian pelitup muka di sini adalah diperlukan," katanya lagi.

Terdahulu, Trump pernah menyatakan dia tidak mahu mengikut saranan Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) untuk memakai pelitup muka sebagai satu langkah menghentikan penularan COVID-19.

"Saya tak rasa akan lakukannya, pakai pelitup muka dan menegur barisan pemerintah, ia tak bersesuaian," katanya sebelum ini.

Sumber : BBC News