Sebelum ini dia tidak dikenali tetapi selepas tiga kali memecah rekod dunia dan memenangi pingat emas dalam Sukan Paralimpik Rio 2016, Abdul Latif Romly diangkat sebagai wira Malaysia.



Jersi memainkan peranan penting kepada atlet. Bukan sahaja peluh tetapi kotoran yang melekat menimbulkan rasa tidak selesa semasa latihan setiap hari di bawah cahaya terik matahari. Tiada istilah berpeluh setitik dua, jersi seorang atlet seperti Latif bermandi peluh dan kotoran. Sebum atau minyak badan yang hadir dengan peluh merupakan nutrisi kepada bakteria yang boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan pada pakaian jika tidak dibersihkan secara menyeluruh.



Mengapa atlet seperti Latif banyak berpeluh?

1. Semakin fit seseorang itu, semakin cepat badan mula berpeluh ketika bersenam. Tidak hairanlah mereka yang kerap bersenam seperti atlet lebih banyak mengeluarkan peluh berbanding mereka yang jarang bersenam.

2. Peluh memainkan peranan menyejukkan badan. Atlet lebih banyak berpeluh kerana tubuh mereka telah menyesuaikan diri dengan keadaan panas dan bertindak menyejukkan badan dengan mengeluarkan peluh dengan lebih banyak.

3. Atlet seperti Latif yang banyak berlatih secara intensif di bawah cuaca panas boleh mengeluarkan peluh di antara 2 hingga 6 peratus daripada berat badan mereka.

Bayangkan berapa banyak peluh yang membasahi jersi Latif setiap kali digunakan ketika latihan dan perlawanan? Mujur ada pencuci TOP, peluh dan kotoran pada jersi Latif mudah dibersihkan dan kesegarannya berpanjangan. Dengan itu, Latif tidak perlu runsing lagi dan boleh lebih fokus sepanjang latihan dan pertandingan.



Lihatlah bagaimana pencuci TOP mampu membantu Latif untuk kekal fokus dan beraksi dengan yakin semasa latihan tanpa perlu risau tentang pakaian kotor serta berbau. Lihatlah bagaimana cecair pencuci TOP mampu membantu Latif untuk kekal fokus dan beraksi dengan selesa semasa latihan tanpa risau tentang pakaian kotor serta berbau.