Filem
Akhirnya The Neverland Milik Michael Jackson Terjual Dengan Harga RM88 Juta
Setelah sekian lama, akhirnya kawasan kediaman mewah yang digelar The Neverland di Los Olivos, California oleh pemiliknya, Michael Jackson terjual.
Menurut laporan BBC, The Neverland terjual pada harga $22 juta atau sekitar RM88 juta, yang merupakan harga 'diskaun' daripada nilai asalnya. Sebelum ini, pada tahun 2015, hartanah tersebut disenaraikan pada nilai sebesar $100 juta.
Ia telah dijual kepada seorang pelabur yang merupakan jutawan. Jutawan tersebut merupakan teman Raja Pop tersebut bernama Ron Burkle, kata jurucakapnya.
The Neverland dibeli Michael pada tahun 1987, saat zaman kemuncaknya. Beliau kemudian mengubah estet atau hartanah yang dibeli menjadi sebuah 'kediaman impian' merangkumi taman tema, zoo mini dan 'dunia fantasi' buat kanak kanak.
Meski demikian, The Neverland kemudian menjadi 'kawasan siasatan' selepas ada kanak kanak yang mendakwa Michael pernah mencabul serta mendera mereka.
Pesohor itu tinggal di sana sehingga tahun 2009, tetapi meninggal dunia di kediamannya yang lain. The Neverland kemudian bertukar nama kepada Sycamore Valley Ranch selepas kematiannya.
Kredit Foto: Getty Images
Must-Watch Video